Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Bas BIGBANG Kini Beroperasi di Ibu Kota Kuala Lumpur?

Print E-mail
  
Friday, 19 October 2012 14:11

..

Anda suka naik bas? Suka? Tak Suka? Oh ada yang kata, apa kelasss naik bas? Tapi beberapa hari lalu, ramai remaja ibu kota dikhabarkan mula suka menaiki bas. Tapi hanya pada sebuah bas ni saja yang jadi tumpuan mereka - 'bas BIGBANG!'

Sempena kedatangan grup idol dari Korea Selatan itu bagi mengadakan konsert pertama mereka di Malaysia pada 27 Oktober ini, satu kelab peminat BIGBANG yang menggelarkan diri mereka BB@1st Malaysia telah mengambil iniasitif dan kami kira ia idea yang cambest, dengan menaja iklan konsert BIGBANG pada sebuah bas Rapid KL.

Menarik, luaran bas tersebut terpampang iklan promosi konsert jelajah konsert BIGBANG Alive Galaxy Tour in Malaysia 2012 berserta gambar kelima-lima anggota kumpulan yang menjadi kegilaan ramai ini- Seungri, GD, Taeyang (kat roda, kesian...), Daesung dan TOP. Ya, itu tarikannya!

..

Dimaklumkan, satu-satunya bas BIGBANG ni beroperasi selama sebulan iaitu sehingga November ini. Dan perkhidmatannya bermula dari Jalan Ampang [dari Ampang (korean Village (Korean Village / Ampang Point Mall) hingga ke KLCC.

Respon daripada sebilang peminat, ramai yang mencadangkan untuk bas ini dibawa ke stadium Merdeka pada hari konsert nanti. Dan kami percaya, kelab peminat tersebut sedang mengusahakannya.

Mungkin siapa tahu, BIGBANG sendiri akan ke stadium dengan menaiki bas ini nanti. Ya, acara sebegitu pernah dibuat oleh satu kumpulan rock dari Amerika Syarikat, satu ketika dulu.

..

 

 

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.