Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

2NE1 Turun Malaysia, Gegar Stadium Shah Alam Disember Ini!

Print E-mail
  
Friday, 19 October 2012 15:00

..

Tinggal lapan hari saja lagi akan berlangsungnya konsert BIGBANG. Dan berita gembira buat peminat KPop tanah air, keterujaan anda menyaksikan artis YG Entertainment akan bersambung pada kumpulan yang juga tak kurang ligatnya, 2NE1 (di sebut, "To Anyone"). Kami tahu peminat-peminat lelaki semestinya melonjak keriangan bila dengar CL, Dara, Bom dan Minzy nak datang sini, kan.

Penganjur konsert iaitu Running Into The Sun (RITS) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa salah satu muzik yang paling hangat dan paling berpengaruh global bakal mengegarkan Malaysia! Atas nama 2NE1 Global Tour 2012 in Malaysia- New Evolution, 2NE1 akan merealisasikan konsert yang pertama mereka di Malaysia pada 8 Disember 2012, bertempat di stadium Melawati, jam 8.30 malam. 
 
Memulakan konsert menerusi Jelajah Dunia pertama mereka, 2NE1 merupakan grup wanita  Korea yang pertama mengadakan jelajah dunia. Dikenali dengan muzik Edgy dan gaya fesyen yang unik, sekaligus membezakan 2NE1 lain daripada kumpulan gadis KPop sedia ada.

..

Sebelum ini 2NE1 pernah bekerjasama dengan nama-nama yang terkenal di persada muzik antarabangsa seperti The Black Eyed Peas, Will.i.am, dan pereka fesyen, Jeremy Scott. Malah mereka pernah mendapat pengiktirafan sebagai “Best New Band in the World” Anugerah MTV 2011.

Menjanjikan satu persembahan penuh bertenaga dengan koreografi menakjubkan, 2NE1 bersedia dan teruja untuk beraksi di hadapan ribuan peminat mereka di Malaysia!

Tiket-tiket akan mula dijual pada 27 Oktober ini dan maklumat lanjut mengenai harga tiket akan dimaklumkan sikit masa lagi.Butiran lanjut boleh layari www.runningintothesun.com, www.facebook.com/runningintothesun atau Twitter rasmi @RITSmy

 

- mD

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.