|
|
|
Monday, 22 October 2012 00:09 |
.
Beberapa minggu lalu, kecoh apabila namanya dikaitkan dengan satu gosip mendakwa dia dan kekasih hatinya bersekedudukan ketika pergi bercuti di Pulau Redang pada Januari tahun ini.
Black sudah pun tampil membuat penafian sekeras-kerasnya bahwa dia tidak melakukan perkara terkutuk itu. Tenyata dalam laporan media sebelum ini, juara Mentor ni berang apabila dikaitkan dengan gosip tersebut. Apatah dia dikatakan seperti tidak tahu membezakan mana yang baik dan buruk sekaligus membelakangkan ajaran agama Islam.
Semalam, dalam ruangan pojok sebuah akhbar mingguan, nampak Black sekali lagi meluahkan rasa bengangnya mengenai gosip tersebut.
Memetik kenyataan di dalam atikel akhbar berkenaan, Black berkata, "Saya beritahu lagi, kalau sampai mempertikai agama, saya sanggup membunuh! Saya perlu mempertahankan agama saya. Kalau nak tulis gosip, jangan campur aduk dengan agama. Itu yang saya cakap saya nak saman.
"Nak tuduh perangai saya buruk, tak apa, tapi jangan sekali-kali mempertikaikan agama saya. Bagi saya isu ini sudah diselesaikan dan saya harap tidak apa pihak yang mengungkit lagi. Selepas ini saya perlu menasihatkan diri saya sendiri supaya lebiih berhati-hati".
Namun begitu, kata-kata penyanyi yang popular dengan lagu Teman Pengganti ini bukanlah nak mengugut mana-mana pihak. Mungkin Black secara tegas ingin menyatakan yang dia sanggup lakukan apa saja jika ada orang yang mempertikaikan pegangan agama Islamnya.
Apa pun kepada Black, semoga lebih berhati-hati di masa hadapan dan diharapkan tidak timbul lagi lah cerita kontroversi sebegini.
- mD
|