Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

8 Foto Persembahan KD di M'sia: Tetap Ligat Walau Hamil 7 Bulan

Print E-mail
  
Tuesday, 23 October 2012 13:53

..

Kalau dah namannya penghibur sejati, selagi berdaya walau dalam keadaan apapun masih tetap terus menyanyi.

 

Sepertimana diva Pop Indonesia yang seorang ini, walaupun usia kandungannya kini mencecah usia tujuh bulan, Krisdayanti aka KD tetap ligat membuat persembahan pentas.

Beliau sempat lagi turun ke Malaysia bagi menjayakan satu konsert diRaja sempena penjenamaan muzium diRaja Sultan Abu Bakar, yang berlangsung di Pekan Pahang, pada malam Ahad lalu.

Pada masa yang sama, konsert itu juga adalah bersempena pelancaran album kompilasi khas muzium berkenaan, terbitan Wake The Baby, syarikat milik komposer popular Ajai.

Sementara itu, antara artis lain yang turut terlibat dalam konsert tersebut ialah Ajai sendiri, Ella, Azlan The Type Writer, Hafiz. Juga diadakan pertunjukan fesyen Tenun Moden daripada Dato' Bernard Chandran pada hari itu.

Hadir ditemani suami tersayang, Raul Lemos, KD menghiburkan tetamu DiRaja dengan dendangan lagu seperti Hati Ini Dilukai (duet bersama Ajai), Penasaran, Menghitung Hari dan lagu baru berjudul Segalanya Tentang Kita.

Ini merupakan kehamilan kali keempat KD dan ini anak keduanya hasil perkahwinannya bersama usahawan Timor Leste itu. Pasangan ini dikhabar bakal menimang cahaya mata lelaki.

Terdahulu Krisdayanti pernah bernikah dengan pemuzik Anang Hermansyah pada tahun 1996. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata. Setelah menjalani rumah tangga selama 13 tahun dan berduet dalam tujuh album, Krisdayanti bercerai dengan Anang pada tahun 2009.

Beliau kemudian menikah dengan Raul Lemos pada tahun 2011 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

..

..

..

..

..

..

..

.. 

 

 

- Foto-foto oleh Cipotredz

- mD

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.