Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Artis Popular Tolak Rombongan Merisik Keluarga Kekasih?

Print E-mail
  
Tuesday, 23 October 2012 14:13

sekadar gambar hiasan.sekadar gambar hiasan.

Kalau kebanyakkan selebriti lain, lebih memilih untuk berahsia mengenai hal-hal berkaitan peribadi. Tetapi artis jelita yang semakin meningkat naik ni pula lain pendapatnya - dia terbuka berkongsi dengan umum bahawa dia kini sudah punya teman istimewa.

Mereka berdua pun dah kenal lama, dengarnya, sejak dari zaman mereka belajar lagi. Beberapa kali juga teman lelakinya itu sering mengikut artis ini baik ke majlis-majlis hiburan mahupun penggambaran drama.

Dan baru-baru ni MD dengar, keluarga si lelaki ada merancang mahu menamatkan ikatan percintaan mereka berdua. Dalam erti kata yang lebih tepat, ibu si teman lelaki artis popular itu nak mereka bersatu.

Pihak keluarga lelaki merancang nak hantar rombongan merisik. Iyalah hati ibu mana yang tak bimbang kalau anak terunanya lama-lama sangat dah ke hulu ke hilir dengan anak dara orang tanpa apa-apa ikatan. Tak manis juga dimata masyarakat, kan.

Walaubagaimanapun bila diajukan hasrat itu kepada si artis tersebut, dia menolak permintaan ibu si lelaki. Bukan tidak mahu disatukan, tetapi dia punya alasan tersendiri. Buat masa ini dia mahu tumpukan dulu pada kerjayanya yang baru nak berkembang.

Dan bukan si artis tadi saja yang tak bersetuju. Si teman lelakinya pun ikut tak bersetuju untuk mengikat sebarang komitmen buat masa ini memandang dia pun baru saja bekerja. Pendek kata pasangan itu tak mahu terburu-buru. Mereka nak kumpul harta masing-masing dulu. Kemudian baru kahwin.

Kalau dah itu kata pasangan sejoli berkenaan, pihak keluarga pun menerimanya. Mujur keluarga memahami gelojak hati pasangan muda ini.

Tak apalah kalau mereka tak mahu sebarang ikatan dalam waktu terdekat ni. Asalkan perhubungan mereka berdua direstui kedua belah keluarga.

Dan pada artis dan kekasihnya itu, 'pandai-pandai lah jaga diri'. Semoga perhubungan kalian berpanjangan. InsyaAllah. Kalau kalian ada berita gembira nanti, kongsi-kongsi lah yer.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.