|
|
|
Tuesday, 23 October 2012 16:00 |
 Jonas Brothers Kini Berada Di Malaysia !
SEKALIAN peminat trio adik beradik, Jonas Brothers! Sudahkah anda semua bersedia untuk bergembira di konsert mereka malam esok?!
Ya, penantian peminat Malaysia mahu menyaksikan persembahan Kevin, Joe dan Nick di depan mata akan berakhir tak lama lagi.
Kalau anda memang dah lama bersedia, Jonas Brothers juga sudah bersedia dan mereka kini sudah berada di Malaysia.
Tiga beradik ini selamat menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 11.10 pagi tadi.
Jonas Brothers yang tiba dari Singapura bersama rombongan yang terdiri daripada 30 orang pemuzik, di sambut puluhan peminat tanah air yang telah sedia menanti mereka sejak awal pagi lagi.
Ini merupakan kunjungan kali pertama Jonas Brothers ke sini sempena konsert mega sulung mereka, Jonas Brothers Live in Malaysia 2012. Konsert anjuran The WonderLand+ ini akan berlansung di Stadium Negara, Kuala Lumpur, jam 8 malam esok.
Kepada peminat Jonas Brothers, apa lagi ? Serbu Stadium Merdeka jom !
- mD
|