|
|
|
Wednesday, 24 October 2012 09:48 |
.
Pasangan pelakon Diana Danielle dan Farid Kamil bakal diijabkabulkan pada 3 November ini. Itu pasti. Bagaimanapun mereka akan 'berpisah' selepas berkahwin nanti. Itu juga pasti. Apa sebabnya?
Dalam laporan Kosmo! hari ini menyebut sekitar tahun depan pemilik nama sebenar Diana Danielle Danny Beeson, bakal melanjutkan pelajarannya di National Institute of Dramatic Art (NIDA), Australia dalam jurusan produksi siaran langsung selama setahun.
"Saya berasa cemburu apabila melihat rakan seusia yang dapat menimba ilmu di negara orang. Saya lantas telah membincangkan tentang perkara tersebut bersama Farid. Dia nyata amat menyokong niat saya untuk menyambung pelajaran," ujarnya.
"Butirannya masih terlalu awal untuk dikongsi. Namun, nampaknya, kami terpaksa berjauhan buat sementara selepas kahwin nanti. Itu pengorbanan yang harus dilakukan demi masa depan kami berdua," luahnya.
Meskipun berat hati untuk berpisah, namun kata Diana, bakal suaminya itu juga akan melanjutkan pelajaran pada peringkat doktor falsafah di Malaysia pada waktu yang sama.
"Kami berdua sama-sama melanjutkan pelajaran, rasanya tidak akan ada masalah. Bukanlah saya tidak akan pulang langsung ke Malaysia, masih ada kerja yang harus diselesaikan di sini.
"Jika ingin berjumpa, jarak antara Malaysia dan Australia tidaklah jauh sangat. Kami akan berulang-alik. Pada waktu itu kami sudah sah sebagai suami isteri, jadi tiada masalah untuk Farid datang melawat saya," tuturnya yang memilih untuk belajar di luar negara kerana ia merupakan impiannya sejak dulu lagi.
Menurut Diana, ilmu yang ditimba itu nanti amat berguna untuk kerjaya dan kehidupannya pada kemudian hari. Ini juga sebagai persediaan kerana dia dan Farid merancang untuk menubuhkan produksi kami sendiri pada masa hadapan.
- mD
- http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1024&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm
|