|
|
|
Wednesday, 24 October 2012 10:33 |
.
Sejak dari awal menerjah masuk ke dalam industri, tidak sudah-sudah namanya dikaitkan dengan gosip juga cerita kontroversi. Sebelum ini timbul dakwaan dia kononnya punya hubungan istimewa dengan seseorang bergelar Datuk. Tak cukup dengan itu, dia pernah dikaitkan dengan isu kereta mewah, ditaja golongan VIP serta berparti sakan dengan seorang Datuk. Malah kemenangan di ABPBH'11 yang lalu di dakwa telah ditaja oleh golongan berpengaruh tersebut.
Dan terbaru pemakaian pelakon ini ketika sidang media Anugerah Skrin 2012 baru-baru ini pula menjadi topik hangat apabila dikatakan mempunyai lambang salib.
Bercakap kepada portal gua.com, Tasha berkata dia tergelak apbila mendengar tersebut. Timbul juga tanda tanya di mana lambang salib seperti yang diperkatakan itu. Sedangkan dia tidak nampak pun lambang tersebut pada baju yang diperagakan.
Tasha berkata, sebagai artis, dia sentiasa peka dengan apa yang dipakai dan ini semua hanya salah faham.
“Mungkin orang salah anggap mengenai tali riben yang terjuntai itu. Gaun rekaan Hazwani Osman ini hanya ada satu garis merah yang melintang di bahagian atas dada saja. Ini kali pertama saya memperagakan pakaian Hazwani dan saya harap isu ini tidak diperbesar-besarkan.
“Bagi yang mengenali saya, saya memang tidak gemar memakai sleeveless atau pakaian yang mendedahkan bahagian tangan saya. Setiap baju saya pasti akan menutup tangan dan saya sentiasa peka dan berhati-hati dengan apa yang saya pakai,” ujar Tasha sambil berharap orang akan menghentikan spekulasi yang tidak berasas mengenai dirinya.
Tasha turut menegaskan yang dia tidak mencari kontroversi tapi orang tak henti-henti mengaitkan dan mereka pelbagai cerita tentangnya. Selama ini dia hanya berdiam difri kerana tidak mahu memperbesar-besarkan isu tersebut.
“Apa saja orang nak cakap janji saya tahu siapa diri saya. Walaupun nampak saya relaks saja bila ada gosip tentang saya, namun tidak dinafikan, ada kalanya saya menangis kerana sedih apatah lagi bila ia melibatkan famili. Walau bagaimanapun, saya tak terfikir untuk mengambil tindakan namun jangan sampai melampau kerana tahap kesabaran saya juga ada hadnya sebab saya hanya manusia biasa.” katanya.
.
.
.
- Foto-foto oleh Cipot Redz
- mD
|