|
Farahanim Rahim
|
|
Wednesday, 24 October 2012 12:19 |
.
Seorang adalah kekasih orang. Dua lagi dah tentunya suami orang. Apa pun status mereka, ketiga-ketiga lelaki inilah yang menjadi dambaan pelakon muda, Miera Liyana. Namun begitu, gadis berusia 19 tahun ini memberi jaminan yang dia tidak mungkin sesekali menjadi perampas kebahagian orang lain. Cuma ketiga-tiga personaliti popular ni adalah sekadar gambaran kepada ciri-ciri lelaki idamannya.
"Saya suka lelaki yang macho dan bertubuh sasa. Suka lelaki macam Henry Golding, Adi Putra dan Aaron Aziz", kata Miera Liyana kepada malaysiandigest.com ketika ditemui baru-baru ini.
.
Pun begitu Miera menegaskan sebolehnya dia akan mengelakkan daripada menjalinkan hubungan cinta dengan orang sama bidang dengannya.
"Saya mungkin atau kalau boleh tak mahu lagi bercinta dengan pelakon", katanya.
Semenjak hubungan cintanya dengan pelakon Shahrizal Jazle putus di tengah jalan, Miera berkata sehingga kini dia masih tidak memikirkan untuk menjalin hubungan cinta dengan mana-mana lelaki. Malah pengalaman lalu menjadikan dia kini lebih matang dan berhati-hati.
Meskipun ada yang mahu mengenalinya dengan lebih serius namun dia lebih selesa untuk berkawan dulu dan tidak mahu terburu-buru. Katanya,"Kawan-kawan tu ramai lah. Ada juga yang menghimpit tapi saya menolak (gelak). Saya lebih suka berkawan lah."
Ditanya mengenai hasrat untuk melanjutkan pelajaran Miera memberitahu, dia memang menyimpan hasrat mahu menyambung pelajaran dalam bidang undang-undang. Tetapi buat masa ini, minatnya lebih kepada dunia seni.
"Memang ada niat nak sambung belajar. Saya nak ambil jurusan undang-undang. Tapi minat saya lebih pada berlakon.
"Saya suka apa yang saya buat sekarang (berlakon). Biarlah saya kukuhkan karier saya dahulu baru berfikir soal cinta atau hal lain. Saya pun masih muda. Saya nak buktikan kebolehan saya menerusi drama dan filem yang saya lakonkan. Saya nak pergi sejauh yang mungkin dalam bidang ni", katanya yang bakal muncul dalam drama bersiri Putera Rayyan yang mengisi slot Samarinda TV3 mulai 31 Oktober ini.
Perkembangan lain, Miera sedang berdebar menantikan tayangan filem lakonanya iaitu Rentaz, Pecah, Apokalips X dan Pencinta yang akan berada di pawagam awal tahun depan.
- mD
|