Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

'Tanda Putera' Ditunda Lagi

Print E-mail
  
Thursday, 25 October 2012 02:58

..

Filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba yang dikatakan berbau perkauman ditunda lagi tarikh penayangannya dan dijangka menemui penonton pada tahun hadapan.

Laman portal mStar Online menyebut, menurut Shuhaimi atau Shumi yang juga Pengarah Utusan Pesona Pictures berkata, penundaan itu disebabkan proses suntingan “titik potong” (cut off point) yang dibuat pada Selasa lalu telah menyebabkan kelewatan bagi urusan promosi dan pengedaran untuk slot wajib tayang yang diperoleh pada 15 November depan.

“Besar kemungkinan filem ini akan ditayangkan pada tahun hadapan. Kami akan mengumumkannya selepas mendapat tarikh baru (daripada Skim Wajib Tayang),” katanya

Shumi turut memohon maaf terhadap penundaan terbaharu itu dan berharap semua pihak akan terus memberi sokongan terhadap filem berkenaan.

Filem Tanda Putera yang dibintangi antaranya Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim itu melalui pelbagai kontroversi sehingga dituduh bersifat perkauman kerana paparan adegan peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Ia turut mendapat kritikan daripada pelbagai pihak khususnya parti pembangkang yang pada mulanya membantah penayangan filem tersebut.

Filem itu sepatutnya menemui penonton pada 13 September lalu tetapi terpaksa ditunda penayangannya kepada 12 November depan dan seterusnya dijangka akan ditayangkan pula pada tahun hadapan.

 

- mD

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2012/10/25/mstar_hiburan/20121024201739&sec=mstar_hiburan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.