.
Selepas dua tahun menyepi, setelah masing-masing selesai dengan projek solo, band Pop Rock adik-beradik sensasi Amerika, Jonas Brothers bergabung dan kembali menggegar persada muzik dunia. Mereka kini dalam proses pembikinan album kelima sambil mengadakan konsert jelajah sempena penyatuan semula.
Mengambil tempat Stadium Negara, atas nama konsert Jonas Brothers Live in Malaysia, buat julung kalinya trio kegilaan ramai ni tampil menghiburkan para peminat tanah air, malam tadi.
Muncul sekitar jam 8.50 malam, tiga anak muda tampil segak bergaya dengan diiringi tujuh pemuzik. Mereka membuka tirai persembahan dengan lagu When You Look Me in the Eyes. Nick mendahului abang-abangnya dengan menyapa peminat lalu mengajak mereka menyanyi bersama.
Terus mencipta kehangatan, Jonas Brother menyuntik adrenalin keterujaan peminat dengan dendangan deretan 25 lagu hits dari album pertama hingga terbaru. Joe dan Nick menyanyi sementara Kevin memperlihatkan kredibiliti bermain gitar sepanjang persembahan.
.
Kevin Jonas
Nick Jonas
Dari mood Pop, Rock hinggalah akustik, Jonas Brothers sesekali berjaya bikin satu arena bergema saat penonton sepakat ikut nyanyi bersama lagu seperti Who I Am, Paranoid, Gotta Find You, BB Good, Last Time Around, Lovebug, SOS dan Burnin' Up.
Secara keseluruhan, dengan durasi persembahan lebih kurang satu setengah jam, tanpa gimik, tanpa kejutan, tanpa apa-apa aksi 'nakal', Jonas Brothers tetap sukses membuat 3000 peminat tegarnya puas dan terhibur. Namun begitu ini bukanlah konsert debut (di Malaysia) terbaik yang dipersembahkan mereka. Sebab, pertama, aksi para pemuzik mereka kami kira, lebih mencuri tumpuan.
.
.
.
Dua, entah kenapa aksi tiga beradik ini dilihat kurang menyengat. Nak kata persembahan mereka hambar, tidak juga. Cuma mereka tak betul-betul all out! 'Berkejar' dari satu lagu ke satu lagu ke satu lagu, seolah-olah mereka mahu segera menamatkan konsert ini seawal mungkin.
Dari segi interaksi dengan fans? Nick, 20, nampaknya lebih 'ringan mulut' berbanding abang-abangnya bila mana dia lebih kerap 'meminta semangat' dari penonton supaya bertepuk tangan serta menyanyi bersama. Malah sambil bermain keyboard mahupun bermain gitar, dia masih mengajak peminat bertepuk.
Sementara Joe, 23, dia nampak terlalu relaks. Nampak seperti tidak bertenaga. Awal-awal persembahan kedengaran sangat ketara vokalnya yang kurang memuaskan atau dalam kata yang lebih tepat, sumbang. Mujur Nick menyelamatkan persembahan. Sehinggalah di pertengahan persembahan barulah vokal Joe bertambah baik.
.
.
Manakala abang sulung mereka Kevin, 24, setidak-tidaknya dia tampil dengan showmanship (main gitar) cambest dan sesekali berusaha untuk merapati peminat yang berada paling hadapan, dekat dengan pentas.
Jonas Brothers Live In Malaysia dianjurkan oleh by Wonderland+. Terdahulu, konsert ini dimulakan dengan persembahan opening act oleh penyanyi-pelakon Amerika, Anna Maria.
.
.
.
.
.
.
- Foto-foto oleh Cipot Redz
- mD