Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Foto Bogel: Che Tah Cari Penyebar Gambar, Akan Saman!

Print E-mail
  
Thursday, 25 October 2012 09:30

..

Minggu lalu pelakon jelita lagi seksi, Rozita Che Wan aka Che Tah kembali memanaskan atmosfera seni hiburan tempatan, gara-gara gambar seksi mirip wajahnya tersebar di internet sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi walaupun empunya diri menafikan sekeras-kerasnya mengenai gambar itu.

Baca Lagi : Rozita Che Wan Nafi Bergambar Bogel

Bercakap kepada Sinar Harian, Che Tah akan menyaman pihak telah mencalarkan nama baiknya.

"Saya akan saman!. Saya akan cari mereka yang terlibat dalam perkara ini kerana ia sangat memalukan. Saya tidak teragak-agak untuk mengemukakan tuntutan saman kepada mereka yang biadab ini.

"Perkara ini mengaibkan saya walaupun ia bukan gambar saya. Saya tidak tahu apa motif mereka, mungkin ingin memalukan saya atau menjatuhkan karier saya.

"Kali ini, saya akan bertegas demi maruah saya yang tercalar. Mungkin dengan cara ini boleh menjadi pengajaran kepada sesiapa sahaja yang berniat buruk kepada saya," katanya.

Tidak pernah terlintas untuk membuat rakaman sedemikian, Rozita turut memberitahu bahawa dia sendiri 'buta' dalam menggunakan aplikasi telefon.

"Saya difahamkan, gambar itu dirakam menggunakan video chat atau webcam yang saya sendiri tidak tahu menggunakannya.

"Saya bukanlah muda untuk explore benda-benda macam ni. Lagipun, saya tak pasti, telefon saya ada fungsi itu atau tidak.

"Namun, saya percaya, jika ia bukan pelanduk dua serupa, mungkin ada individu yang menggunakan teknik super impose dengan menempek muka saya. Namun, yang pasti, ia bukan saya," tegasnya lagi.

 

- mD

- http://www.sinarharian.com.my/hiburan/gambar-bogel-saya-akan-saman-1.97878

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.