27 Foto: "M'sia Macho!", "Tak Ada Apa Dapat Halang Kami" - BIGBANG |
|
|
| Farahanim Rahim | |||
| Sunday, 28 October 2012 05:04 | |||
|
Bersih daripada berita kontroversi juga skandal yang mengaitkan mana-mana anggotanya (dalam masa dua minggu ini), membolehkan BIGBANG meneruskan siri jelajah Asia 2012 mereka ke Malaysia. Lantas menoktahkan impian VIPs (gelaran untuk peminat setia) tanah air yang mahu menyaksikan kumpulan idola sensasi dari Korea Selatan ni di depan mata apabila T.O.P, G-Dragon, Taeyang, Daesung dan Seungri selamat menjejakkan kaki di sini, Khamis lalu. Sebelum itu, kira-kira tiga minggu lalu ahli paling muda, Seungri, dikaitkan dengan isu panas, kononnya ada skandal dengan model terkenal Jepun selepas tersebarnya di internet, gambar mereka keluar dari sebuah kelab malam.
Sehinggalah malam tadi BIGBANG membuktikan yang mereka masih terus 'hidup'. Mengambil tempat stadium Merdeka, ibukota Kuala Lumpur menjadi persinggahan kesembilan (destinasi terakhir) bagi melaksanakan BigBang Alive Galaxy Tour 2012. Lebih bermakna, bersaksikan 15,000 penonton (yang sudah pun menunggu depan pintu stadium sejak awal pagi. Malah ada peminat dari Sabah yang dah terpacak sejak hari Jumaat seawal jam 10 malam ), BIGBANG menamatkan penantian selama enam tahun para peminatnya dengan satu nota sejarah - ini juga adalah konsert mega 'outdoor' pertama mereka (di luar Korea).
Hujan lebat turun sekitar jam 1 petang, (ketika BIGBANG sedang menjalani reheasal) dan reda sekitar jam 3 petang. Sejam sebelum konsert, sekali lagi hujan turun dengan lebatnya. Bagaimanapun keadaan mula reda setengah jam kemudian.
Mengambil peluang berinteraksi dengan VIPs, Seungri mendahului rakan lain dengan berkata "Walaupun hujan lebat, kami tetap bersemangat untuk buat persembahan. Tidak ada apa yang boleh menghalang kami. Kami sangat suka Malaysia, negara ini sangat hebat!".
Kembali berlima, BIGBANG semakin menyuntik adrenalin keterujaan penonton dengan lagu antaranya, Number 1, Cafe, Love Song, Cafe, Monster, Feeling dan Lie.
Kemudian Daesung mengambil alih pentas dengan Wings. Disusuli Taeyang menerusi dua lagi hitsnya, Only Look At Me dan Wedding Dress. Hampir-hampir tergelincir akibat pentas licin, bagaimanapun mujur anggota yang mempunyai kelebihan pandai menari ni sempat mengimbangi badannya, dia masih boleh tersenyum lalu meneruskan nyanyian.
Memperlahankan sikit rentak persembahan, mereka tampil mengenakan outfit putih dan menyanyanyikan lagu Haru Haru.
Selain sperkara lagi yang patut dikongsi, menjadi fenomena lazim di konsert KPop, para peminat akan bersatu dan memberikan kejutan atau projek sokongan kepada artis pujaan mereka. BIGBANG tidak terlepas untuk merasainya. Bermula dengan bas, kain rentang sepanjang 50 meter (yang menelan kos lebih RM10,000) dan sehingga lah malam tadi projek 'Yellow Sea' (lightstick), LED biru (sewaktu lagu Blue) dan LED merah (sewaktu lagu Fantastic Baby) dan ucapan awal selamat hari lahir (yang ke-25) kepada TOP. Syabas kepada gabungan kelab peminat BIGBANG iaitu BigBang 1st Malaysia, My-vip, YG-Hype, Myvip atas usaha gigih kalian yang mengagumkan.
Meskipun tanpa adegan baling coli daripada mana-mana peminat perempuan (sepertimana yang berlaku kepada TOP ketika konsert di negara sebelum Malaysia), penulis percaya menerusi persembahan malam tadi, konsert BIGBANG di KL tetap akan menjadi topik hangat diperkata ramai sekurang-kurangnya selama seminggu yang akan datang.
- Foto-foto oleh Running Into The Sun, Cipot Redz
|









































.jpg)











