Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Misha Nikah Tahun Depan?

Print E-mail
  
Monday, 29 October 2012 00:15

..

Selepas membertahu yang perkahwinannya terpaksa ditangguhkan kerana kesibukan tunangnya, penyanyi Misha Omar sehingga kini masih lagi sedang mencari tarikh baru untuk merealisasikan majlis pernikahannya itu.

Pelantun Bunga Bunga Cinta ini telah bertunang dengan seorang juruterbang MAS, Firos Ezzwan Rossly, pada Februari lalu.

Bagaimanapun, Misha berkata dia sangat berharap agar dapat menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan.

Sama-sama kita doakan yang terbaik buat pasangan ini. Kalau dah ada tarikhnya nanti, jangn lupa jemput kami sekali yer.

Perkembangan terkini, Misha yang sebenarnya masih aktif menyanyi, dalam diam-diam sekarang ini dalam proses menyiapkan album terbarunya.


- mD









 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.