Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Jangan Persoalkan Status Anak Saya - Almy Nadia

Print E-mail
  
Monday, 29 October 2012 00:28

Almy Nadia bersama anak angkatnya, Afrina.Almy Nadia bersama anak angkatnya, Afrina.

Sebelum ini MD pernah melaporkan mengenai pelakon Almy Nadia mengambil anak angkat. Diberi nama Nur Afrina Darwisya, Almy juga pernah menyatakan yang kehadiran kanak-kanak yang dijaga mulai 27 April 2010 itu banyak memberikan kekuatan dan inspirasi dalam hidupnya.

Bagaimanapun baru-baru ini timbul desas desus ada pihak tertentu yang mempersoalkan kesahihan status anak angkatnya itu.

Bercakap kepada mStar Online semalam, Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 26, berkata, dia sudah mendengar beberapa kali mengenai pertikaian pihak tertentu yang meragui sama ada kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun itu benar-benar anak angkatnya. Malah dia dituduh saya cuba menyembunyikan bahawa Afrina adalah anak kandungnya.

Kekasih kepada pelakon Fizz Fairuz ni memohon agar isu mengenai anak angkatnya itu tidak dipanjangkan.

"Sudah saya jelaskan dari awal, Afrina adalah anak angkat saya dan saya tidak mahu menyebutnya berulang-kali. Terus-terang, hanya saya, ibu dan Allah sahaja yang tahu kebenarannya. Tolong jangan ragui status anak angkat saya", kata Almy yang turut mengakui memang berat membesarkan anak itu tanpa berkahwin lebih-lebih lagi dia perlu mengelak daripada persepsi negatif khalayak.

Sehubungan itu, Almy berkata, dia merancang untuk mengadakan majlis sambutan hari lahir anaknya pada bulan depan bersama pihak media dan peminatnya.
 

-mD

- http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp file=/2012/10/28/mstar_hiburan/20121027220948&sec=mstar_hiburan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.