Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Hattan Bakal Rujuk Dengan Isteri Pertama

Print E-mail
  
Monday, 29 October 2012 00:41

..

Penyanyi juga pencipta lagu, Datuk Hattan, mengakui yang beliau merancang untuk berkahwin buat kali ketiga.

Lebih menarik, memetik kenyataan di Harian Metro, Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri bin Shahabudin kali ini mahu menyunting kembali isteri pertama beliau, Arianie Mohd Abidin yang pernah dinikahinya pada 17 Disember 1996 namun berpisah pada Mac 2005.

“Kami saling memerlukan dan kini berusaha ke arah perkahwinan. Andai ada jodoh, insya-Allah kami akan bersatu juga dan jika tidak, kami akan terus kawan baik,” ujar penyanyi yang cukup popular dengan Rendang Tak Berbuah ini.

“Saya pernah suarakan hasrat mahu dia kembali kepada saya, tetapi dia minta saya bersabar dan bagi dia masa. Kini, saya nampak kesungguhannya untuk bina kembali keluarga kami”

Hattan berkata sepanjang tempoh berpisah ini beliau telah membuang semua perkara yang tidak di’senangi Arianie sepanjang perkahwinan mereka.

“Dulu saya leka dengan duniawi. Sepanjang berkahwin dengan Arianie, tidak pernah sekali pun saya imamkan dia solat. Bila kenang balik, rasa ralat sangat dan saya tak nak ulang kesilapan”, ujarnya.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.