Anggota kumpulan BIGBANG, Taeyang, nyaris-nyaris jatuh tersembam di pentas sewaktu dia sedang membuat persembahan di konsert BigBang Alive Galaxy Tour Live in Malaysia 2012 yang berlangsung di Stadium Merdeka, pada malam Sabtu lalu.
Detik-detik cemas itu berlaku saat pemilik nama sebenar Dong Young Bae ni sedang membuat persembahan secara solo. Sambil mendendangkan lagu kedua, Wedding Dress, Taeyang yang memang terkenal dengan showamanship tarian penuh mempesona, berjalan melintasi para peminat untuk ke bahagian depan pentas.
Malangnya, baru saja beberapa langkah, tiba-tiba dia tergelincir disebabkan pentas licin akibat hujan lebat yang turun sejam sebelum konsert bermula.
Melihatkan idola mereka hampir jatuh, jeritan VIPs (gelaran untuk peminat setia) semakin kuat-panik bila tengok Taeyang nak tergolek.
Namun pennyanyi itu berjaya mengimbangi badannya dan boleh lagi melempar senyuman ke arah peminat lalu meneruskan nyanyian. VIPs bersorak memberikan semangat kepadanya untuk meneruskan persembahan.
Pun begitu sewaktu mempamerkan aksi tarian di bahagian depan pentas, Taeyang sekali lagi hampir tergelincir. Phewww...
Sebelum itu, di awal konsert, dia berkata, walaupun pentas basah, dia akan tetap menari dan mempersembahkan aksi tarian yang memang dinanti-nantikan peminat.
Menunaikan janji, Taeyang memang selamber menari meskipun tahu keadaan pentas ketika itu sangat licin. Malah dia lebih ligat berbanding rakan-rakan lain (yang nampak lebih berhati-hati). Akibatnya, lebih dari lima kali dia hampir nak tersembam di pentas. Mujur belum betul-betul jatuh.
Tetap Tayang Badan
.
Sementara itu sewaktu diakhir persembahan lagu Wedding Dress, Taeyang tetap dengan lagak 'nakalnya'-koyak baju tapi hanya separuh. Kami percaya tentunya BIGBANG sudah dimaklumkan yang mana adegan sebegitu dilarang! Atau dalam kata lain, "tolong jangan buat bagi mengelakkan kontroversi!".
Apapun, VIPs sekalian, rasanya anda lebih mengenali Taeyang, bukan? Kalau selama ini di rata-rata konsert BIGBANG, adegan seperti itu antara lagak yang melengkapkan persembahannya. Mana mungkin dia tidak lakukan aksi itu di Malaysia.
Cuba mengawal diri untuk tidak menayang badan, namun sewaktu betul-betul di penghujung konsert, Taeyang tetap jua membuka baju.
Apapun, jejaka bertubuh sasa ni cuba 'berlaku sopan'. Sewaktu membuka baju, dia membelakangkan peminat kemudian baru dia berpusing sambil melambai ke arah peminat sebelum meninggalkan pentas bersama anggota lain. Heh.