|
|
|
Tuesday, 30 October 2012 02:01 |
Antara artis yang akan berentap dalam Separuh Akhir Muzik-Muzik 27.
Diandra Arjunaidi, Amir Jahari, Ainan Tasneem. Ada antara anda yang mungkin sudah biasa mendengar nama mereka. Tapi kami juga tak terperanjat kalau ada yang bertanya, siapa mereka ni?
Masih lagi dalam kategori artis setahun jagung. Namun ketiga-tiga penyanyi-penulis lirik muda ini setidak-tidaknya sudah boleh berbangga dengan diri sendiri apabila karya ciptaan mereka turut tersenarai dalam 30 buat lagu yang layak ke peringkat separuh akhir Muzik Muzik. Sekaligus berpeluang menempah nama ke pentas berprestij, Anugerah Juara Lagu ke-27.
Saringan separuh akhir akan berlangsung dalam tiga pusingan iaitu pada 11 November (11 lagu), 18 November (11 lagu) dan 25 November 2012 (8 lagu).
Dua pusingan pertama akan berlangsung bermula jam 9.30 malam manakala pusingan ketiga akan berlangsung bermula jam 10.00 malam di TV3 (saluran 103).
Lebih menarik, pusingan separuh akhir Muzik-Muzik 27 akan turut diserikan dengan persembahan artius jemputan setiap minggu seperti Salam yang ditemani Altimet dan DJ Fuzz yang akan membawakan lagu Tanya Sama Itu Hud Hud/ Bangkit, kumpulan Meet Uncle menampilkan Fauziah Gambus untuk minggu kedua dan nantikan gandingan segar Fida Ibrahim dan Datuk AC Mizal yang akan mendedangjan lagu popular zaman 80'an yang kini diberi nafaz baru, Apo Ko No Eh Jang.
Daripada 30 lagu yang akan dipertandingkan nanti, sebanyak 12 buah lagu akan dipilih oleh juri professional dan akan diumumkan pada minggu ketiga nanti.
Berikut, senarai penuh 30 buah lagu yang layak ke separuh akhir Muzik Muzik ke-27,
Minggu Pertama Kasanova (Stacy) – Edry Abdul Halim Watak (Hafiz) – Aidit Alfian & AD Samad Biar Sampai Ke Bintang (Asmidar) – Ajai/ Ahmad Farid Abdul Jalal Pencinta Terbaik (Sofaz) – Edry Abdul Halim Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat) – Jimmy Palikat Aku Datang (Tomok) – Tomok & Rafidah Abdullah Jerrypah (Aizat Amdan) – Anas & Aizat Amdan Cerita Dia (Drama Band) – Ammar Habir & Aepul Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan Aku Suka Dia (Ainan Tasneem) – Ainan Tasneem Majnun (Hazama) – Audi Mok & Omar K
Minggu Kedua Sesaat Kau Datang (Ramlah Ram & Sleeq) – ID Mifzal & Zie Syafruddin Tanpamu (Amir Jahari) – Amir Jahari Tapi Bagaimana (Spider) – Tam Spider & M. Nasir Terlalu Mencintaimu (Suki) – Ajai & Jeremy Chong Lagu (Bedroom Sanctuary) – Bo Amir Iqram Sebelah Jiwaku (Jaclyn Victor) – Edry Abdul Halim Terukir Di Bintang (Yuna) – Yuna Zarai Idola (Azlan & The Typewriter) – Audi Mok & Azlan Beginilah Caranya (Shaheizy Sam & Yana) – Ajai Watak (Hafiz) – Aidit Alfian & AD Samad Anak Kampung (One Nation Emcees & Jimmy Palikat) – Jimmy Palikat
Minggu Ketiga Angkasa (Diandra Arjunaidi) – Diandra Arjunaidi Ombak Rindu (Hafiz&Adira) - Zaidi Mesti Ada Cinta (Akim & Fiq) – Kuncidemak Simetri (Hazama & Amy Search) – Audi Mok & Zel Firdhaus Haduan Andaiku Bercinta Lagi (Mojo) – Edry Abdul Halim Harapan (Hyper Act) – Hyper Act & Frozen Patah Seribu (Shila Amzah) – Shila Amzah Teman Pengganti (Black & Malique) – Malique Panik (Bunkface) – Sam Bunkface Ku Akui (Hafiz Suip) – Ajai
Lagu manakah menjadi pilihan anda untuk ke peringkat akhir?
- mD
|