Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Pemain Kelantan, Afiq Azmi Dituduh Gay

Print E-mail
  
Tuesday, 30 October 2012 02:37

..

Siapa yang tidak kenal dengan Khairul Fahmi Che Mat atau Apex. Seorang penjaga gol pasukan Kelantan (juga untuk skuad kebangsaan) yang digilai ramai wanita. Pun begitu, bukan Apex seorang saja yang menjadi dambaan para wanita.

Seorang lagi pemain Kelantan yang sudah berumah tangga iaitu Farhan Mohamad turut mendapat perhatian ramai apabila dia dipilih menjadi penghias kulit sebuah majalah popular tempatan.

Memetik kenyataan di sebuah portal menerusi ruangan gosip, sebaik saja Kelantan diumum pemenang Piala Malaysia Sabtu lepas, Farhan terus diserbu peminat untuk mendapat tandatangannya di majalah yang terpampang foto wajahnya itu.

Sementara, seorang lagi pemain Kelantan yang menjadi pujaan ramai adalah Afiq Azmi (gambar). Jejaka berusia 23, adalah pemain Kuala Lumpur yang dipinjamkan ke pasukan Kelantan, dia berjaya mencuri perhatian dengan aksi cemerlang sewaktu bersama Kelantan sepanjang Piala Malaysia 2012 berlangsung.

Malah, menerusi populariti yang ada pada pasukan Kelantan, Afiq sudah berjaya menempatkan diri menjadi pemain bola sepak tempatan yang popular dan mempunyai ramai peminat. Tambahan, Afiq seorang lelaki yang kacak, tinggi dan mempunyai susuk tubuh yang sesuai menjadi model.

Malah, disebabkan wajah pemain ini boleh dikategorikan jambu, maka setiap kali gambar dan cerita tentang dirinya disiarkan di mana-mana laman web, ada saja kritikan yang menuduh Afiq ini adalah lelaki homoseksual (gay).

Selain dituduh mempunyai selera songsang, difahamkan Afiq sudah pun mempunyai kekasih hati. Ia terbukti apabila sebuah blog anak tempatan telah menyiarkan foto mesra Afiq bersama wanita bertudung yang tidak dikenali identitinya.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.