Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Derita 10 Kali Dirotan

Print E-mail
  
Tuesday, 30 October 2012 10:09

..

Penyanyi, Ameng (Spring) yang kini masih menjalani hukuman di Penjara Kluang lebih setahun lalu berkata dia tidak menjangkakan yang dia akan terpisah dengan anak dan isteri akibat kesilapan diri sendiri. Namun dia akur menerima hukuman itu sebagai ingatan kepadanya bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

Bercakap kepada Harian Metro, dia amat menginsafi diri dan berazam selepas selesai menjalani hukuman kelak dia akan menjalankan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya terhadap keluarganya.

Ameng sebelum ini dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan atas tiga kesalahan termasuk dua kes memiliki dadah, dua tahun lalu.

“Detik yang paling saya tidak dapat melupakannya ketika saya menjalani hukuman 10 sebatan rotan sekali gus dan ketika saya hanya membayangkan kematian dan seksaan dalam kubur. Masih terasa peritnya di rotan di seluruh denyut nadi dan selama seminggu saya tidak boleh berbaring, membuatkan saya amat menyesal dan insaf,” katanya.

Selama di penjara, dia menghabiskan masanya di sana dengan mengikuti model Fasa 11 iaitu aktiviti berbentuk kerohanian dan keagamaan yang dipanggil halaqah.

"Selepas keluar daripada penjara pada 2016, saya tetap akan jadi penghibur tetapi dengan cara berbeza. Jika dulu saya dikenali sebagai penyanyi pop tetapi selepas ini saya mahu jadi penghibur yang dapat memberikan mesej menyelitkan motivasi hidup dan nilai positif",katanya.

 

- mD

- http://www.hmetro.com.my/articles/Amengingatderitadirotan/Article

 

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.