Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Ainan Tasneem Selesa Kongsi Soal Teman Lelaki

Print E-mail
  
Tuesday, 30 October 2012 10:43

..

Beritahu, salah. Kalau sorok pun, salah. Itu yang terjadi kepada pendatang baru, Ainan Tasneem, apabila mededahkan kepada umum yang dia kini sudah mempunyai teman istimewa. Lantas ada sesetengah pihak yang menganggap sikap berterus terang itu seperti mencari publisiti murahan bagi menaikkan namanya.

Apatahlagi, baru-baru ini di sebuah blog hiburan menulis tentang perihal Ainan Tasneem yang dikatakan asyik berkepit dengan teman lelakinya itu, di kampus.

Bertemu penyanyi berusia 20 tahun ini di sewaktu di sidang media Separuh Akhir Muzik-Muzik baru-baru ini, MD mendapatkan komen daripada Ainan mengenai isu tersebut.

Ainan atau nama sebenarnya Ainan Tasneem Ridzuan berkata, sebenarnya dia sendiri risau dengan hubungan ini lebih-lebih lagi kini banyak mata yang memandang semenjak dia bergelar selebriti.

Namun tindakannya berterus-terus terang dirasakan lebih baik dan tidak mahu peminat menganggap yang bukan-bukan, pada masa akan datang.

Ainan yang kini sedang menuntut di Universiti Malaysia Perlis memberitahu dia dan teman lelakinya mula berkenalan sejak mereka sama-sama belajar di Kolej Matrikulasi di Perak. Dan kini mereka juga sedang menyambung pelajaran di satu universiti yang sama.
 
"Sebenarnya peminat dah lebih matang. Kalau saya cakap saya tak ada teman lelaki, tapi hakikatnya saya ada teman lelaki, saya rasa lagi peminat lagi tak suka sebenarnya. Mereka (peminat) lebih tahu. Apatah lagi zaman sekarang ada Facebook dan sebagainya. Dan saya selesa untuk berkongsi dengan peminat.

"Saya juga mendengar nasihat daripada seorang artis senior. Dia kata, lebih baik beritahu kepada peminat daripada sorok-sorok. Peminat akan lebih hormat kita daripada menipu. Saya pun tak pernah tunjuk siapa teman lelaki saya. Di fanpage saya pun, tiada gambar kami. Saya juga faham kalau asyik bercerita tentang teman lelaki, orang pun akan bosan dan marah. Cukup setakat saya beritahu yang saya ada kekasih.", kata penuntut tahun dua, jurusan kejuruteraan Bio Process ini.

Mengenai persiapan untuk Separuh Akhir Muzik-Muzik, Ainan berkata dia tidak menyangka lagu ciptaannya, Aku Suka Dia, layak ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik 27.

"Sejujur ini satu penghormatan untuk saya. Saya pun tak sangka lagu ni dapat masuk separuh akhir. Masa saya cipta lagu ni, saya hanya ambil masa satu jam saja. Diharapkan peminat akan lebih mengenali saya selepas Muzik Muzik ini. Setakat ni saya tengah memikirkan baju yang sesuai untuk hari tu nanti",

Tambahnya, dia sendiri pada awalnya kurang yakin dengan lagu tersebut memandang liriknya yang sangat santai berbanding lagu-lagu lain yang sedia ada. Namun setelah diyakinkan oleh syarikat rakamanya, MVM, dia bersetuju untuk mempertaruhkan lagu ini sebagai single pertamanya.  

"Masa nak rakam lagu ni, saya ada tanya pada syarikat rakaman, okay ker lagu ni sebab lirik die simple. Mereka kata, lagu seperti ini yang pendengar mahukan. Dan walaupun liriknya lagu ni santai, kekuatan lagu ni pada melodi dan susunan muziknya", ujarnya.

Dalam pada itu menjawab mengenai dakwaan ada peminat mula menbandingkan dirinya dengan Najwa Latif, penyanyi ini menjelaskan “Saya tiada persamaaan dengan Najwa (Latif). Muzik saya lebih kepada balada dan selepas ni saya harap saya dapat mencipta banyak lagi lagu bergenre balada.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.