Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Video Seks Kedua Kim Kardashian Dijual £19 juta

Print E-mail
  
Wednesday, 31 October 2012 02:39

..

Selebriti TV popular, Kim Kardashian terkejut selepas mendapat tahu yang rakaman video seks keduanya kini berada di pasaran dengan harga £19 juta (lebih kurang RM93,000)

Dalam rakaman 'X-rated' itu jelas menunjukkan wanita berusia 32 tahun ni bersama bekas teman lelakinya, J Ray, dengan aksi erotik yang mana ianya dilihat cukup menghairahkan berbanding video pertama mereka yang tersebar sekitar tahun 2007

"Sudah semestinya yang di dalam video itu adalah kim. Dan dia malah lebih 'mengagumkan' berbanding aksi dalam video terdahulu," kata satu sumber kepada akhbar Daily Star.

Kim dilaporkan sangat risau kalau-kalau video seks terbarunya itu akan berada di online. Pasti akan menjejaskan hubungannya dengan rapper, Kanye West.

Tambah sumber itu lagi, "Kim takut gara-gara video itu akan merosakkan hubungan beliau dengan Kanye West."

Kanye juga pernah terlibat dalam skandal video seks sendiri pada bulan September lalu. Dalam rakaman 20 minit itu memaparkan dia dan seorang wanita yang kelihatan seperti Kim Kardashian.


- mD

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.