Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Black (Mentor) Batal Hasrat Saman, Perjelas Kenyataan Berbunuh

Print E-mail
  
Wednesday, 31 October 2012 02:50

..

Penyanyi Hanifah bin Md Hanafiah atau lebih dikenali sebagai Black berkata hasrat mahu menyaman penulis gosip sepertimana yang dinyatakan di dalam sebuah akhbar tabloid beberapa minggu lalu, telah dilupakan.

"Pasal saman tu, saya luahkan ketika saya marah. Saya memang tak boleh kalau orang pertikaikan agama saya. Saya cuma nak pertahankan agama saya.

"Saya cakap, kalau sentuh soal agama saya juga pasal mak ayah saya, saya sanggup pukul orang tu ataupun berbunuh. Saya tak pernah marah macam ni. Bila dah kaitkan dengan isu agama, saya rasa dalam hal ni saya perlu bersuara.
 
"Saya tak kisah kalau orang nak kritik atau komen mengenai karer saya. Tapi kalau bab-bab itu (agama dan ibu bapa) memang saya pantang", kata Black kepada malaysiandigest.com ketika ditanya mengenai perkembangan niat saman juga kenyataan kesanggupannya membunuh.

Awal bulan ini, kecoh apabila timbul gosip pelantun Teman Pengganti ini kononnya bersekedudukan dengan kekasihnya di sebuah hotel, ketika mereka pergi bercuti sekitar Januari lalu.

Menyatakan tuduhan itu sama sekali tidak berasas, Black kesal apabila isu tersebut dikaitkan pula dengan agama.

"Saya rasa soal saman tu dah tak timbul. Waktu saya cakap tu, saya tengah marah. Tapi sekarang rasnya tak payah lah nak dipanjang-panjang kan lagi hal tu", katanya.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.