Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Black 'Pedajal' RJ Untuk Jadi Pengganti Malique?

Print E-mail
  
Wednesday, 31 October 2012 03:24

..

Saat ini kalau ditanya lagu apa yang menjadi siulan ramai, pastinya lagu Teman Pengganti nyanyian Black featuring Malique, antara lagu yang termasuk dalam senarai. Namun sejak akhir-akhir ini, Black menyanyi lagu itu bersama seorang rapper baru yang dikenali sebagai RJ. Siapa RJ? Kenapa bukan Malique yang nyanyi?

Menjelaskan hal tersebut, Black berkata kolaborasi dia dan RJ sebenarnya hanya satu kebetulan. Semuanya berlaku ketika dia membuat persembahan sempena konsert jelajah EON di Setiawangsa, beberapa bulan lalu.

Ketika di konsert itu, awalnya dia sekadar memberitahu kepada peminat yang dia mempunyai satu lagu baru yang belum pernah dinyanyikan lagi secara live. Melihatkan respon mengalakkan daripada peminat yang mahu mendengarkan dia menyanyi lagu itu, Black bagaimanapun tiba-tiba mati akal kerana sewaktu itu Malique tidak turut serta.

Mujur RJ ada bersamanya dan kebetulan RJ memang hafal lirik untuk bahagian rap. Tidak mahu menghampakan peminat, Black serta merta menjemput RJ untuk menyanyi bersamanya. Sejak itu mereka terus jadi pasangan kolaborasi di beberapa persembahan.

"RJ (Rapper Jambang) ni adalah pegawai perhubungan awam di syarikat rakaman naungan saya iaitu Monkey Bone. Ceritanya saya nak kenakan dia. Masa kat road tour EON, di Setiawangsa, waktu tu lagu ni baru lagi. Pertama kali saya nyanyi lagu ni di konsert tu.

Sebelum tu saya tanya penonton, "sy ada lagu baru, nak dengar tak?". Penonton kata nak dengar tapi waktu tu saya tak ada rapper. Saya terfikir yang RJ ingat bahagian rap lagu tu. Jadi saya niat nak perdajal dia, saya pun panggil lah dia naik atas pentas dan nyanyi bersama saya",

"Bila dengar cara dia rapping saya terus tertarik dan mula mengajak dia untuk menggantikan tempat Malique setiap kami saya membawakan lagu Teman Pengganti. Saya yang memberikan dia nama Rapper Jambang sebagai nama komersilnya dalam industri", cerita Black dengan panjang lebar ketika ditemui di sidang media Separuh Akhir Muzik-Muzik, kelmarin.

Sementelah lagu tersebut turut tersenarai dalam separuh akhir Muzik Muzik 27 dan dijadualkan bertanding pada 25 November (iaitu Separuh Akhir bahagian ketiga)Bagaimanapun, Black berkata dia belum lagi mengetahui sama ada Malique ataupun RJ yang akan mengiringinya di pertandingan itu nanti.

"Tak tahu lagi. Mungkin saya naynyi dengan RJ, mungkin saya nyanyi dengan Malique. Mungkin dengan RJ dan Malique", katanya cuba bermain teka-teki.

Pun begitu, dia memberitahu pada mulanya Malique agak terkejut bila mendapat tahu RJ akan menggantikan tempatnya, namun selepas dia membawa RJ berjumpa dengan Malique, segalanya berjalan dengan lancar. Malah Malique turut memberi tunjuk ajar kepada RJ mengenai teknik rap sekaligus memberikan kepecayaan kepada RJ untuk membawakan lagu itu pada masa akan datang.

"Masa awal-awal dulu ketika rakaman, Malique dah cakap yang dia hanya nak berkarya. Mungkin dia keluar (buat persembahan), mungkin tidak. Jadi saya kena redha lah. Saya memag teringin nak nyanyi lagu ni dengan dia. Tapi nak buat macam mana kan... tak apa lah. saya dapat nyanyi dalam studio dengan dia tu pun dah kira bersyukur", katanya yang turut memberitahu mereka mengambil masa selama enam bulan untuk merakamkan lagu itu.

Sementara itu RJ yang ditemui turut tidak menyangka daripada sekadar menjadi bidan terjun kini dia mula serius dalam bidang nyanyian.

"Saya sekadar suka-suka sahaja ketika diminta untuk naik ke pentas menyanyikan part Malique, namun bila sudah terbiasa dipanggil oleh Black untuk bersamanya dalam setiap persembahannya, saya jadi minat pula dalam bidang ni. Lagi kami memang senag kerja bersama. Dah empat tahun saya jaga dia.

"Tak sangka sangka daripada bidang perhubungan awam, kini saja terjun pula ke bidang nyanyian. Kalau saya berpeluang nyanyi di separuh akhir, pastinya saya berdebar untuk beraksi bersama Black dan berharap akan dapat memberikan yang terbaik pada hari itu nanti," kata RJ atau nama sebenarnya, Helmi Hamdan. 


-mD








 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.