Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Chef Wan Anggap Pihak Media Seperti 'Ikan Piranha'?

Print E-mail
  
Thursday, 01 November 2012 04:04

..

Semalam akhbar Kosmo! melaporkan mengenai pengakuan Chef Riz iaitu anak kepada Selebriti Chef tersohor, Chef Wan, yang mengakui rumah tangganya bersama pelakon Ana Dahlia kini sedang bergolak.

Susulan itu banyak media yang cuba mendapatkan komen daripada Chef Wan mengenai perihal anak menantunya itu. 

Hari ini, memetik kenyataan di mStar Online, Chef Wan menganggap pihak media yang sentiasa memburu cerita panas mengenai rumah tangga anak dan menatunya diibaratkan seperti ikan piranha.

Beliau juga tidak akan sesekali membuka pekung di dada selain telah mengarahkan anaknya Mohd Nadzri (Chef Riz) dan menantunya Ana Dahlia agar berdiam diri daripada memberi sebarang kenyataan yang boleh disalahertikan.

Chef Riz bersama isteri, Ana DahliaChef Riz bersama isteri, Ana Dahlia

Chef Wan memberitahu, beliau juga tidak mengamalkan sikap menceritakan apa juga konflik dalaman keluarga kerana ia hanya akan mengundang fitnah dan spekulasi kepada khalayak yang tidak mengetahui perkara sebenar.

"Kenapa anda bertanya kepada saya dan bukan mereka? Sibuk hal rumah tangga orang, tanya pada bapa mertua buat apa?

"Anda tahu yang anda tidak akan dapat apa-apa kenyataan daripada saya. Saya enggan memberikan apa-apa komen," tegasnya.

 

- mD

- http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2012/11/1/mstar_hiburan/20121031182736&sec=mstar_hiburan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.