.
Ketika ini beberapa negeri di Amerika Syarikat masih lagi dalam keadaan kritikal akibat malapetaka dahsyat, Taufan Sandy yang melanda sejak Isnin lalu.
Jumlah kerosakan dan kematian atas kejadian paling terburuk dalam sejarak Amerika Syarikat itu nampaknya bukan saja dirasai oleh masyarakat di negara berkenaan, malahan seluruh dunia, lebih-labih lagi bila mengenangkan keadaan masyarakat Malaysia di sana.
Dan semalam kami ada membawakan khabar mengenai pelakon Liyana Jasmay yang kini berada di sana. Liyana yang sedang menyambung pelajaran di temani ibunya sepanjang tinggal di sana. Dia mengikuti kursus jangka pendek dalam jurusan pengarahan dan lakonan, di New York Film Academy, sejak Julai lalu.
Perkembangan terkini daripada Liyana, menerusi Twitternya awal pagi tadi (kira-kira jam 1 pagi waktu Malaysia) pelakon genit ini memberitahu dia dan ibunya dalam keadaan selamat. Walaubagaimanapun, mereka dua beranak masih perlu berhati-hati dengan kehadiran taufan berkenaan.
Kata Liyana lagi, keadaan kota masih bergelap akibat terputus bekalan elektrik. Dan dijangkakan keadaan akan berterusan sehingga Sabtu ini. Disebabkan itu, Liyana dan ibunya mengambil keputusan untuk berpindah ke hotel bagi memudahkan mereka berhubung dengan ahli keluarga di Malaysia.
.
.
Dalam perkembangan lanjut, kira-kira jam 2 pagi tadi, kami menerima kiriman email daripada Liyana Jasmay.
Dia sempat berkongsi sedikit pengalamannya melalui detik-detik cemas ketika awal kejadian taufan Sandy yang membadai New York, 3 hari lalu. Cerita Liyana, ketika kejadian tersebut berlaku, dia dan ibunya berada di rumah. Mereka diarahkan untuk tidak keluar dan mereka berdoa semoga semuanya selamat.
Kebimbangan dua beranak itu mula berkurang apabila mereka dimaklumkan kawasan tempat tinggal mereka berada dalam zon selamat. Jadi mereka tidak perlu berpindah. Cuma terputus bekalan elektrik talian telefon.
Menurutnya lagi, seluruh kawasan 39th street dan downtown musnah. Bagaimanapun mereka bernasib baik, mempunyai bekalan makanan juga air yang mencukupi kerana telah membuat persediaan awal.
Keadaan sekarang masih bergelap. Jadi untuk keselamatan, Liyana dan ibunya berpindah ke hotel berhampiran. Selain, ia juga bagi memudahkan dua beranak itu berhubung dengan ahli keluarga di Malaysia.
Mengenai pembelajarannnya, setakat ini kelas ditangguhkan dan akan dimaklumkan kelak.
Ditanya sekiranya keadaan bertambah teruk, adakah dia dan ibunya akan pulang ke Malaysia buat sementara waktu? Liyana menjawab, buat masa sekarang mereka tidak merancang untuk balik. Sebaliknya hanya akan pulang ke tanah air pada Disember ini kerana sesi pembelajaran Liyana hanya tinggal 4 minggu saja lagi.
Dia juga berharap agar bekalan elektrik akan pulih dalam masa empat hari lagi.
Dalam pada itu, Liyana juga menitipkan ucapan terima kasih kepada semua kawan-kawan juga para peminatnya di Malaysia yang mengambil berat dan mendoakan kesejahteraan dia dan ibunya di sana.
Katanya, "To all my fans and friends, ty for all ur concerns and prayers. Alhamdulillah i will get through this , insyaallah.. Amin.."
- mD