|
|
|
Thursday, 01 November 2012 05:00 |
.
Sebagaimana semalam, ekoran bencana Taufan Sandy, kami membawakan perkhabaran tentang dua pelakon kita, Liyana Jasmay dan Juliana Evans yang kini berada di Amerika Syarikat.
Susulan itu, kami telah berjaya mendapatkan perkhabaran terbaru daripada Liyana. Namun bagaimana pula dengan nasib Juliana Evans @ Jue? Jue menyambung pelajaran dalam jurusan bidang komunikasi massa di Universiti of Michigan, Amerika Syarikat.
Menerusi akaun twitter aktres cantik itu (awal pagi ini), Jue menulis dia berada dalam keadaan baik. Cuma suhu di sana turun mendadak dan mengalami hujan batu. Jue juga mengesahkan Taufan Sandy tidak belaku di sana.
.
Oh ya, ada yang bertanyakan tentang Yuna? Menerusi akaun Twitternya, kali terakhir Yuna menulis memberitahu dia kini berada di Malibu.
Zee Avi? Kami difahamkan (sejak dua hari lalu) penyanyi itu kini berada di tanah air.
- mD
|