|
|
|
Thursday, 01 November 2012 09:44 |
Lesap! Duit RM5,000 yang diletakkan DJ Bell di papan pemuka keretanya dikebas perompak, semalam.
Seorang penyampai radio Hot FM Terengganu, DJ Bell, mengalami kerugian RM5,000 apabila wang hantaran perkahwinannya disamun dua lelaki yang berpura-pura dilanggar keretanya di Jalan Pusara.
Memetik kenyataan di Kosmo! hari ini, sebelum kejadian pada pukul 12.15 pagi, DJ Bell memandu kereta seorang diri selepas gagal mendepositkan wang tersebut ke dalam akaun sendiri selepas mesin pengeluaran automatik (ATM) semasa itu berada dalam keadaan luar talian.
Dia yang tinggal di Batu Buruk kemudiannya bercadang untuk minum di sebuah kedai di Jalan Kamaruddin kira-kira satu kilometer dari bank yang dikunjungi.
Bagaimanapun, cerita DJ Bell, ketika sampai di Jalan Pusara tiba-tiba dia ternampak sebuah motosikal dinaiki dua lelaki rebah di depan keretanya.
Mulanya dia menyangka yang dia telah melanggar penunggang motosikal itu lalu memberanikan diri turun dari kereta untuk melihat keadaan kedua-dua lelakin itu
Semasa dia keluar dari kereta, salah seorang daripada lelaki terbabit sebaliknya terus menyerang dengan menekan dada dan mengacu pisau ke perutnya.
Seorang lelaki kemudian menggeledah keretanya dan mengambil wang hantaran berjumlah RM5,000 yang diletakkan di papan pemuka kereta miliknya.
DJ Bell yang popular dengan segmen Bereh Boh! dijadual melangsungkan perkahwinannya dengan Durani Hanum pada 10 November ini.
- mD
- http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm
|