|
|
|
Thursday, 01 November 2012 12:33 |
.
Beberapa hari lalu, timbul gosip mendakwa jejaka bertubuh sasa ala model, Mohamad Afiq Azmi atau Afiq Azmi, seorang lelaki homoseksual (gay). Hanya gosip.
Hari ini ni, pemain Kuala Lumpur yang dipinjamkan ke pasukan Kelantan ni mengakui kerap menerima panggilan lucah dan seks dari golongan homoseksual (gay) sejak menetap di Kota Bharu, Kelantan.
Namun, jejaka berusia 23 tahun ini menafikan mempunyai naluri seks songsang. Pun begitu, dia memberitahu tidak mempunyai kawan perempuan serta lebih selesa berkawan dengan lelaki berbanding wanita.
"Saya bukan nak kata saya ini baik atau apa. Terus-terang, saya ini seorang lelaki yang kurang bercakap dan pemalu. Saya jarang nak tegur orang lain. Apatah lagi nak melemparkan senyuman kepada wanita. Mungkin disebabkan itulah, orang cakap saya ini gay. Saya pun lebih ramai kawan lelaki dari perempuan.
"Dalam facebook pun saya lebih banyak approve kawan lelaki. Kawan wanita yang ada pun adalah perempuan yang saya betul-betul saya da h kenal. Tapi, tak logik kalau saya dituduh gay hanya disebabkan terima lelaki saja untuk berkawan di facebook.
"Sejak saya menyertai pasukan Kelantan, saya kerap menerima panggilan lucah dan seks dari golongan lelaki gay. Saya pelik sangat macam mana dia orang semua boleh dapat nombor telefon saya.
"Saya tidak pernah melayannya dan memberitahu mereka akan melaporkan kepada KAFA dan polis seandainya mereka tidak berhenti mengganggu saya. Lagi pun, saya bukan seorang lelaki gay, " katanya kepada laman portal murai.com.my.
Afiq juga memberitahu, dia tidak menerima gangguan sebegini sewaktu berada dalam pasukan Kuala Lumpur. Pun begitu, dia berasa ada perbezaan sebaik saja dipinjamkan untuk pasukan Kelantan.
"Sejujurnya, saya bersyukur saya diterima masuk dalam pasukan Kelantan. Peminat Kelantan tersangatlah fanatik dan menghargai pemainnya. Namun, saya tidak merasakan perubahan yang ketara dalam kehidupan saya", ujarnya
Dalam pada itu Afiq juga menegaskan bahawa wanita yang berada dalam gambar sepertimana yang tersebar di internet baru,baru ini adalah teman wanitanya.
- mD
- http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=13116&c=1&s=1
|