Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Anas (Mentor) Jawab Isu Besar Kepala

Print E-mail
  
Friday, 02 November 2012 02:52

..

Protege kepada Faizal Tahir, Anas Ridzuan berkata walaupun namanya baru sahaja dikenali selepas menyertai program Mentor 6, beberapa bulan lalu, namun dia tidak naif, sepertimana yang disangka oleh sesetengah pihak.

Justeru dia mengakui terkejut dan menolak persepsi segelintir pihak yang menuduh dia mula berubah sikap dan 'besar kepala' kerana faktor kejutan budaya sejak bergelar artis.

Bercakap kepada mStar Online, Anas berkata, dakwaan tersebut adalah tidak berasas.

“Memang nama saya mula dikenali selepas menyertai Mentor 6 tetapi sebelum itu lagi saya sudah terbabit dalam bidang seni menerusi teater dan beberapa aktiviti berkaitan.

“Malah, saya sendiri belajar dalam jurusan seni persembahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebelum ini. Sekurang-kurangnya saya ada asas dan dikelilingi rakan-rakan yang bekerja dalam bidang seni,” katanya.

Timbul desas desus kononnya pemenang tempat ketiga program realiti nyanyian ini kurang disenangi segelintir pihak termasuk pihak produksi dan stesen televisyen (TV) apabila dia dikatakan mula bersikap besar kepala dan tidak berdisiplin.

Ditanya mengenai perkara itu, Anas berkata, dia mengakui tuduhan itu timbul kerana kesilapan yang pernah dilakukannya kerana gagal menghadiri rakaman sebuah rancangan TV sebelum ini, kerana mempunyai urusan peribadi di kampung

“Saya pernah jelaskan kepada pihak terbabit tetapi saya tahu tindakan itu meninggalkan persepsi yang buruk kepada reputasi saya.

“Namun, saya belajar daripada kesilapan itu dan cuba memperbaikinya. Saya harap jangan timbul lagi salah faham kepada mana-mana pihak mengenai komitmen dan kesungguhan saya dalam bidang ini,” katanya yang kini sedang sibuk mengumpulkan lagu-lagu baru selepas kemunculan lagu pertama berjudul, Hanya Dirimu.

 

- mD

- http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2012/11/2/mstar_hiburan/20121101153056&sec=mstar_hiburan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.