Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Razif Hashim Tak Kisah Dilabel 'Pelahap'

Print E-mail
  
Friday, 02 November 2012 03:18

..

Bagi anda yang gemar mengikuti program ala travelogue berkaitan makanan, jejaka ini pasti bukan asing bagi anda. Razif Hashim, seorang personaliti yang dikenali dengan karakter ‘gila-gila’ yang membawa anda menyelusuri tempat-tempat yang menarik menerusi rancangan makan, Best In The World.

Bertemu dengan Razif baru-baru ini, MD bertanyakan bilakah musim ketiga program yang bersiaran di 8TV tu akan bermula? Razif menjawab, program itu akan bersambung musim baru namun belum diketahui bilakah dia akan mula menjalani penggambaran.

Berbicara lanjut, Razif turut diminta mengulas mengenai ada sesetengah pihak yang melabelkan dia sebagai pelahap, tatkala menonton aksinya dalam program tersebut yang cukup teruja menjamah tanpa henti semua makanan yang terhidang di atas meja.

Meskipun begitu, tak kurang juga ramai yang memuji gelagatnya yang dilihat berkesan dan benar-benar merangsang penonton untuk turut berasa keenakan makanan yang dinikmati. Atau paling tidak, sekurang-kurangnya Razif berjaya membuat penonton terliur dikala dia menikmati hidangan.

"(Gelak), saya tak kisah orang nak cakap saya gelojoh ke atau apa. Saya memang suka makan. Dan saya datang dari keluarga yang suka makan. Keluarga saya ada buka satu restoran iaitu Roast Kitchen Express yang terletak di pusat bandar Damansara.

"Sebenarnya saya boleh jer makan dengan tertib. Tapi dalam rancangan tu, saya sangat ejoy dengan apa yang saya makan", kata bekas pengacara 8TV Quickie dari Februari 2006 hingga Setember 2008 ni.

Sementelah tuah mengacarakan Best In The World juga telah menjadikan penghibur berusia 29 tahun ni semakin menjadi sebutan. Lebih bermakna, dia turut tercalon dalam senarai top 5, kategori Favourite TV Personality untuk Shout! Awards, bersaing bersama finalis Adibah Noor, Hafiz Hatim, Henry Golding, Johan dan Zizan Razak.

Disamping itu, Razif juga telah diberi kepercayaan mengacarakan anugerah paling hip di Malaysia itu. Anugerah yang akan berlangsung pada 23 November ini bakal menyaksikan dia berganding dengan pengacara kacak, Henry Golding dan personaliti 'hot', Hannah.

"Saya sangat bersyukur dan bangga diberi kepercayaan selaku pengacara pada malam itu. Seperkara menarik, sewaktu tahun pertama Shout! Awards dulu, ketika itu saya baru saja pulang dari menamatkan pelajaran saya di London. Sampai saja di Malaysia, saya terus ke majlis anugerah malam tu. Saya sangat teruja menyaksikan kemeriahan malam anugerah tu. Dan kali ini saya dapat mengacarakannya pula", katanya. 

Ditanya pula mengenai bidang lakonannya, Razif berkata minat pada dunia lakonan masih ada tetapi ketika ini rezeki mengacara lebih berpihak kepadanya. Namun dia yang pernah muncul dalam drama bersiri Gol & Gincu ni tidak menolak seandainya ada tawaran yang datang.

"Cinta saya memang pada lakonan tapi rezeki lebih pada sebagai pengacaraan. Saya sering juga menghadiri ujibakat. Namun, mungkin saya tidak cukup bagus tetapi saya tidak berputus asa dan akan terus mencari peluang dalam dunia lakonan", katanya.

Dalam perkembangan lain, Razif juga kini mengacarakan program temubual berjudul OMG bergandingan bersama Sazzy Falak, di saluran Diva Universal (Saluran 702).


- mD

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.