Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

CEO Songlap RM203,000 Duit Gaji, Block B Saman Agensi

Print E-mail
  
Friday, 04 January 2013 18:11

..
Sepanjang hari ini keceoh di ruangan internet dan media sosial sementelah tiba-tiba saja nama Block B jadi bualan hangat peminat selepas dikaitkan dengan 'isu panas'. Ini berikutan kumpulan Hip Hop-R&B dari Korea Selatan ini menfailkan saman terhadap agensi mereka sendiri, Stardom Entertainment atas dakwaan telah melanggar perjanjian kontrak. Ditambah, rupa-rupanya ketujuh-tujuh anak muda ini sudah lama tidak dibayar gaji.

Lebih kejam, CEO agensi itu pula dipercayai menghilangkan diri dengan membawa wang mereka sebanyak 70, 000,000 juta KRW atau sekitar RM203,000. Wang sumbangan daripada ibu bapa Block B sendiri itu sepatutnya digunakan untuk tujuan promosi dan membiayai kos produksi kumpulan yang popular menerusi lagu Nalina (Go Crazy) ini.

Oleh sebab itu, Taeil, Jaehyo, Kyung, P.O., Zico, B-Bomb, U-Kwon nekad mengheret label naungan mereka itu ke muka pengadilan. Block B menfailkan saman terhadap Stardom Entertainment di Mahkamah Pusat Seoul, hari ini.

"Saat menandatangani kontrak eksklusif, selain dijanjikan akan diberikan latihan dan pelbagai kemudahan, kami juga dijanjikan akan dibayar gaji pada setiap 25 haribulan. Tapi agensi tidak membayar kami hampir setahun sejak April 2011.

"CEO agensi, Mr Lee menghilangkan diri dengan 70,000,000 juta KRW juta (kira-kira RM203,000) yang diperolehi daripada ibu bapa kami. Wang itu sepatutnya digunakan untuk promosi dan membiayai kos produksi. Malahan pendapat atau idea kami baik dari segi aktiviti tidak pernah didengari. Dia hanya melaksanakan dengan sesuka hatinya", ujar salah seorang anggota Block B seperti yang dilaporkan dalam Allkpop.com

Selain itu, kumpulan yang terbentuk pada 2011 itu juga mendakwa bukan saja mereka langsung tidak dibayar daripada hasil penjualan album mereka. Malah untuk projek soundtrack drama, yang pernah dijayakan seperti ‘Phantom’s (drama SBS), ‘Golden Time’ (drama MBC) dan juga sejumlah dana yang telah dikumpul oleh kelab peminat Jepun mereka juga tidak pernah diterima

Sementara itu, laporan turut menyebut dua daripada anggota kumpulan itu, Zico dan Kyung mengugurkan nama Block B di akaun Twitter masing-masing. Akaun Kyung yang sebelum ini ialah @BlockBKyung kini @KYUNGPARK1992. Sementara Zico mengubah bio Twitter-nya dengan tidak menyebut langsung Block B.

Bagaimanapun beberapa jam selepas berita terbabit tersebar, pihak Stardom Entertainment mengeluarkan kenyataan rasmi menjelaskan isu kontroversi tersebut dan memohon maaf.

Mengenai isu tidak dibayar gaji, Stardom menjelaskan yang pihak mereka telah membayar semua bayaran kepada Block B. Mengikut kontrak, sekiranya mereka memperolehi pendapatan, bayaran akan dijelaskan pada setiap 25haribulan. Walaubagaimanapun, bermula dari April 2011 hingga Oktober tahun yang sama, mereka tidak memprolehi pendapatan semasa selama 6 bulan, dan kerana itu mereka tidak boleh membayar Block B, setiap bulan.

Dan walaupun dalam kontrak asal telah ditetapkan yang gaji akan dijelaskan setiap bulan, tetapi sewaktu ibu bapa mereka datang melawat pada bulan Mac 2012, pihak agency telah menetap untuk menukar jadual gaji daripada setiap bulan kepada setiap tiga bulan.

Sementara isu CEO songlap duit, Lee, sebenar diupah sebagai pengurus namun dia memalsukan profil dirinya dan menyamar sebagai CEO dan memang benar dia telah membawa lari wang milik beberapa anggota. Lee menipu agensi serta ibu bapa anggota - anggota tersebut. Lee mengadakan pertemuan secara berasingan dengan ibu bapa dan kemudian menghilangkan diri dengan wang milik agensi dan ibu bapa. Stardorm berharap Lee akan segera diberkas.

Stardom juga akan mengadakan perjumpaan dengan kesemua anggota Block B untuk berbincang. Mereka akan cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik bagi merungkai salah faham antara Block B dan pihak mereka.


- mD






















 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.