|
|
|
Saturday, 05 January 2013 10:38 |
Zzati dan kekasihnya, Wan Zack Haikal. Sebelum ini, kisah cintanya dengan pemain bola sepak kebangsaan, Wan Zack Haikal menjadi rahsia peribadi antara mereka dan keluarga. Biarpun berkongsi gambar mesra mereka di laman sosial miliknya, Zzati masih bermain teka teki apabila ditanyakan perkara ini.
Namun segala-galanya bukan lagi rahsia kini apabila penyanyi berusia 19 tahun ini sudah menjelaskan dia sememangnya ada hubungan dengan pemain bola sepak berusia 21 tahun itu sejak beberapa bulan lalu.
Zzati yang masih menuntut dalam Diploma Seni Muzik (Pengkhususan Vokal) di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam berkata, dia mengenali Wan Zack menerusi twitter beberapa bulan lalu sebelum semakin rapat selepas itu.
Lantas timbul gosip penyanyi yang mula popular menerusi lagu Akan Ku Nanti dan Malu Malu Mahu dikatakan mempergunakan nama kekasihnya demi meraih populariti. Malah, khabarnya ada peminat Wan Zack mula membencinya.
Zzati berkata dia memandang perkara itu sebagai perkara normal - terpulang pada hak masing-masing untuk berkata apa-apa mengenainya.
Jelas gadis kelahiran Jengka, Pahang ini, pun begitu dia mengakui banyak peminat mendoakan hubungan mereka berkekalan. Dia juga menolak apabila dikatakan membuat pengakuan ini bagi mencari publisiti murahan.
“Wan Zack dalam dunia dia manakala saya dengan dunia saya. Masing-masing sudah ada pengikut sendiri, jadi bagaimana istilah tumpang itu ditimbulkan? Saya sebenarnya hairan bagaimana ia boleh timbul.
“Saya sudah bergelar artis sebelum kenal Wan Zack lagi. Namun, apabila perkara ini diceritakan secara meluas, kami masing-masing beroleh kelebihan tersendiri. Secara tak langsung orang ramai akan lebih mengenali kami.
“Saya tak kisah apa orang nak kata. Apa yang penting kami perlu hadapinya dengan sabar dan tabah. Lagipun kami masih muda, lebih baik tumpukan pada karier masing-masing,” katanya kepada Harian Metro.
- mD
|