|
|
|
Tuesday, 15 January 2013 02:41 |
. Pelakon juga pengacara Azad Jazmin yang baru dikurniakan cahaya mata perempuan baru-baru ini telah menamakan puteri sulungnya itu dengan nama Amarra Sofea Rose. Dedah suami kepada pelakon Eira Syazira ini, nama tersebut bersempena mengambil pangkal nama ibunya, Roshidah dan ibu Eira dan ibu mertuanya, bernama Rohani.
Bercakap kepada mStar online, Azad memberitahu sejak Eira mengandung, hubungannya dengan kedua-dua ibu bertambah rapat. Secara kebetulan, pangkal nama ibunya dan ibu mertua bermula dengan perkataan ‘Ro’. Lantaran nama Rose dipilih sebagai tanda penghargaan buat kedua-dua wanita itu.
Eira selamat melahirkan bayi seberat 4.2 kilogram itu menerusi pembedahan “Caesarean” pada kira-kira pukul 8.50 pagi di hospital Columbia Asia, Puchong, 11 Januari lalu.
Dalam pada itu pengacara rancangan Edisi Khas itu berkata, dia masih berasa pelik untuk menyesuaikan diri dengan pengalaman baharu sebagai bapa dan sukar baginya untuk menerangkan bagaimana apa yang dirasainya. Kegembiraan yang luar biasa ini menyebabkan dia menitiskan air mata tanpa disedari setiap kali melihat wajah anak.
- mD
|