Kara (gambar kanan), sebilangan peminat yang yang menanti di KLIA.
Bagaikan satu perjumpaan besar-besaran peminat peminat tegar muzik K-Pop, itu yang boleh digambarkan mengenai suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) malam tadi apabila lebih 600 peminat membanjiri ruang legar balai pelepasan bagi menyambut ketibaan bintang-bintang K-Pop kesayangan mereka. Malah ada yang sudah sedia menanti sejak dari jam 2 petang lagi.
Kehadiran barisan idola pujaan ini menjejakkan kaki ke sini bersempena berlangsungnya acara terbesar dalam industri hiburan Korea, Golden Disk Awards ke-27. Anugerah berprestij ini akan diadakan di Litar Antarabangsa, Sepang, Kuala Lumpur selama dua hari mulai 15hb Januari (malam ini) dan 16 Januari (esok).
Kira-kira jam 10.15 malam, suasana gamat dengan sorakkan peminat tatkala Beast menjadi kumpulan pertama yang muncul keluar dari ketibaan VIP. Berjalan penuh tenang, DooJoon, DongWoon, GiKwang, YoSeob, HyunSeung dan Junhyung sempat
memberikan senyum dan lambaian mesra kepada peminat mereka.
.
.
Kara dan Beast.
.
.
Kemudian muncul pula satu-satunya 'kumpulan bunga' yang hadir semalam', Kara. Pantas membuatkan peminat-peminat lelaki tidak keruan sejurus melihat Gyuri, Seungyeon, Nicole, Hara, dan Jiyoung berjalan keluar dari bilik VIP.
Keadaan semakin gamat dengan sorakkan peminat sejurus kelihatan barisan artis FNC Entertainment iaitu kumpulan FT Island dan CN Blue berjalan beriringan. Malaysia mungkin sudah biasa bagi HongKi, Seunghun, Jaejin, Minhwan dan Jonghoon memandang ini merupakan kali keempat mereka menjejakkan kaki ke sini. Tetapi bagi Jung-shin, Jong-hyun, Yong-hwa, Min-hyuk, ini merupakan kali pertama mereka bertemu dengan peminat Malaysia.
.
Manakala Super Junior (SuJu) menjadi kumpulan terakhir muncul dan seperti biasa kumpulan yang mempunyai kelompok peminat paling ramai ini di sambut meriah oleh peminat.
Seperkara yang membanggakan, peminat-peminat Malaysia kali ini wajar diberi pujian dek sikap berhemah, berdisiplin dan berada dalam keadaan terkawal. Mereka aku dengan arahan yang diberikan pengawal - disuruh duduk, mereka duduk. Diminta berbaris, mereka berbaris... menjadikan keadaan tenang walaupun sesak.
.
Dan awal pagi tadi kira-kira jam 5.10 pagi, kumpulan EXO (Exo-K dan Exo-M) selamat menjejakkan kaki di KLIA. Meskipun awal pagi, kehadiran 12 jejaka kacak ini tetap disambut meriah oleh para peminat.
Antara artis lain yang telah tiba sejak Ahad dan Isnin lalu ialah B1A4, Shinee, BTOB dan 4Minute. Hari ini beberapa lagi artis dijangka bakal tiba antaranya G-Dragon (Bigbang), Infinite, B.A.P, Teentop, Epik High, Ai Lee dan tiga anggota Infinite iaitu Hoya Dongwoo, Sunggyu.
Golden Disk Awards dibahagikan kepada 2 klasifikasi iaitu Album dan Lagu. Siapakah yang akan memenangi Album of The Year, Song of The Year, The Most Popular K-POP Star, New Rising K-Pop Star, Best Hip Hop dan Single Album of The Year? Sama-sama kita nantikan.
- Kredit foto-foto:MYB2UTY
-mD