Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

"Muzik Itu Macam Dadah, Sama Juga PARAMORE" - Jason Lo

Print E-mail
  
Tuesday, 15 January 2013 09:10

Jason Lo.Jason Lo.
Muzik itu boleh diibaratkan sama macam dadah. Sekali kita cuba dan kita suka, maka kita nak, nak dan nak lagi. Sama jugalah macam Paramore. Mereka pernah datang dulu dan ini kami bawakan mereka sekali lagi istimewa untuk para peminat Malaysia", itu kata Pengarah Urusan syarikat telekomunikasi Tune Talk Sdn Bhd, Jason Lo memberitahu sebab mereka kembali menganjurkan konsert kumpulan Pop-Punk Amerika, Paramore buat kali kedua.

Jason Lo yang dahulunya dikenali sebagai penyanyi dan penerbit muzik ditemui pada sidang media Tune Talk dan Blackberry The Return of Paramore Live in Kuala Lumpur, bertempat di Bangsar, petang semalam.

Berdasarkan sambut cukup hangat pada konsert Paramore pada Oktober 2010, justeru Jason berkata kali ini dia cukup yakin adrenalin yang tercipta pada konsert pertama dulu akan dilipat kaligandakan. Malah peminat akan lebih puas dengan aksi persembahan yaang bakal di pamerkan Haley William bersama teman-temannya.

"Kami memulakan tahun 2013 dengan konsert ini. Kami amat berbesar hati apabila sekali lagi dapat membawakan kepada peminat sebuah kumpulan yang cukup berbakat dan kreatif dengan persembahan yaang unik dan solid.

"Dengan kehadiran dua anggota baru mereka, dengan lagu-lagu baru daripada abum baru mereka, dengan durasi persembahan yang lebih lama berbanding dahulu, pastinya dengan gaya persembahan yang lebih mantap dan mungkin ada sesuatu yang berbeza, saya jamin peonton akan lebih berpuas hati",

Jadi mulai hari ini, peminat bolehlh mula mengumpul point Tune Talk dan berpeluang menyaksikan konsert Paramore sebagai penonton VIP," katanya lagi.

..
Paramore, kumpulan berasal dari Franklin, Tennessee, yang ditubuhkan sejak tahun 2004. Terdiri daripadatiga anggota utama iaitu Hayley Williams (vokalis), Jeremy Davis (basis) dan Taylor York (gitariss). Setakat ini Paramore telah mereleasekan tiga album iaitu debut berjudul All We Know Is Falling (2005), album kedua Riot! (2007) dan Brand New Eyes (2009)

Perkembangan terbaru, menerusi blog rasmi baru-baru ini, Paramore memaklumkan yang mereka sedang dalam dalam proses menyiapkan album terbaru - sesuatu yang baru akan diberikan pada pemiat dan menyifatkan album tersebut adalah tentang mereka.

Mengambil tempat Stadium Negara sebagai sebagai venue, The Return of Paramore Live in Kuala Lumpur, akan berlansung pada 17 (Ahad) Februari 2013. Kumpulan One Buck Short bakal membuat persembahan pembuka konsert tersebut.

Ticket-ticket berharga RM270 (Red Zone), RM200 (Rock Zone), RM150 (P1), RM130 (P2) dan RM110 (P1). Maklumat lanjut tentang tiket, hubungi talian 03-78807999 atau dapatkan tiket anda menerusi online, layari www.ticketpro.com.my

Konsert The Return of Paramore Live in Kuala Lumpur dipersembahkan oleh Tune Talk berkolaborasi dengan Blackberry dan dibawakan oleh Livescape Asia. Maklumat lanjut tentang konsert, perembangan terkini mengenai aktiviti dan promosi Tune Talk boleh layari, www.facebook.com/tunetalk atau www.facebook.com/livescape.


- mD


















 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.