Sun06262016

LAST_UPDATESat, 25 Jun 2016 9pm

Police To Propose Child Grooming Laws

Police To Propose Child Grooming Laws

KUALA LUMPUR: The ...

Anwar Urges Opposition Parties To Resolve Their Differences

Anwar Urges Opposition Parties To Resolve Their Differences

KUALA LUMPUR: Former...

Petron Malaysia To Probe Port Dickson Refinery Fire

Petron Malaysia To Probe Port Dickson Refinery Fire

KUALA LUMPUR: Petr...

MCMC Conducts Prepaid Registration Audits

MCMC Conducts Prepaid Registration Audits

PUTRAJAYA: The Malay...

Malaysia Says Personal Items Suspected To Belong To MH370 Passengers Not From Missing Flight

Malaysia Says Personal Items Suspected To Belong To MH370 Passengers Not From Missing Flight

SERI KEMBANGAN: Ma...

Clinton Regains Double-Digit Lead Over Trump

Clinton Regains Double-Digit Lead Over Trump

NEW YORK: Democrat...

Thousands Rally In Australia For Same-Sex Marriage

Thousands Rally In Australia For Same-Sex Marriage

MELBOURNE: Thousan...

Pope Says ‘Never Again’ To Tragedies Like Armenian Genocide

Pope Says ‘Never Again’ To Tragedies Like Armenian Genocide

YEREVAN: A sombre ...

China Tightens Controls On Paid-For Internet Search Ads Following Man's Death

China Tightens Controls On Paid-For Internet Search Ads Following Man's Death

BEIJING: China’s i...

No Change In Relationship Between Singapore And The UK: British High Commissioner

No Change In Relationship Between Singapore And The UK: British High Commissioner

SINGAPORE: The clo...

Norway’s Central Bank Provides $2.7 Billion Liquidity To Banks After Brexit

Norway’s Central Bank Provides $2.7 Billion Liquidity To Banks After Brexit

Norway’s central ban...

Brexit Sentiment Drives Gold Future To All-Time High At Close

Brexit Sentiment Drives Gold Future To All-Time High At Close

KUALA LUMPUR: Gold f...

JPMorgan Post-Brexit Plan Hinges On Tone Of Discourse In Europe

JPMorgan Post-Brexit Plan Hinges On Tone Of Discourse In Europe

NEW YORK: JPMorgan C...

SEC Continues To Closely Monitor Markets After Brexit: Chair White

SEC Continues To Closely Monitor Markets After Brexit: Chair White

The top U.S. securit...

Wall St. Plunges At The Open After Shock Brexit Vote

Wall St. Plunges At The Open After Shock Brexit Vote

U.S. stocks plunged ...

Broccoli Could Soon Be Giving You An Even Bigger Health Boost Suggests New Research

Broccoli Could Soon Be Giving You An Even Bigger Health Boost Suggests New Research

Already known for it...

E-Cigarettes Should Not Be Banned In Public, Medical Experts Warn

E-Cigarettes Should Not Be Banned In Public, Medical Experts Warn

Banning e-cigarett...

LEGO Products Have More Aggressive Themes Since The 1970’s

LEGO Products Have More Aggressive Themes Since The 1970’s

LEGO weapon bricks...

Antibodies Found Which ‘Neutralise’ Zika Virus

Antibodies Found Which ‘Neutralise’ Zika Virus

PARIS: European sc...

Malay Students Overtaking Chinese Students In SJK Enrollment

Malay Students Overtaking Chinese Students In SJK Enrollment

SPAOH: One can eas...

KUALA LUMPUR: Polis akan menempatkan lebih 1,000 anggota bagi menjaga keselamatan orang ramai sempena sambutan perayaan Thaipusam di Batu Caves, selama empat hari mulai 24 Jan ini. 

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata selain menempatkan anggota di situ, orang ramai sendiri boleh mengambil beberapa langkah bagi menjamin keselamatan mereka. 

Sebagai contoh, katanya ibu bapa dinasihatkan agar menyimpan nombor telefon anggota keluarga dalam saku anak kecil mereka kerana itu akan memudahkan keluarga dihubungi sekiranya anak mereka hilang dalam kesesakan orang ramai. 

"Pengunjung juga diingatkan tidak meninggalkan barang bernilai seperti komputer riba dan telefon bimbit dalam kenderaan mereka yang diletak di tepi jalan," katanya kepada Bernama di sini hari ini. 

Beliau berkata para pengunjung juga mesti berkelakuan sopan dan tidak memakai pakaian yang menjolok mata bagi mengelakkan sebarang kekecohan di tempat ibadat itu. 

"Tindakan tegas akan diambil terhadap individu atau kumpulan yang melakukan kegiatan yang tidak senonoh seperti meminum arak, memiliki senjata tajam dan mengganggu ketenteraman penganut lain," kata beliau. 

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniar Swamy Devasthanam Batu Caves, Datuk R. Nadarajah yakin jumlah penganut yang mengunjungi Thaipusam kali ini akan meningkat berbanding tahun lepas. 

"Sambutan Thaipusam kali ini yang jatuh pada hari minggu (27 Januari),akan menjadikannnya lebih meriah kerana lebih ramai pengunjung berpeluang melawat kuil itu," katanya. 

Nadarajah berkata para penganut harus memberi keutamaan terhadap keselamatan diri, di mana mereka dinasihatkan supaya tidak memakai barang kemas seperti rantai leher dan gelang tangan bagi mengelak berlaku kejadian tidak diingini. 

Beliau menyarankan ibu bapa yang membawa kanak-kanak kecil supaya memerhatikan mereka untuk mengelak kes kehilangan, kerana Thaipusam kali ini dijangka akan dibanjiri 1.5 juta penganut Hindu. 

"Kuil menyediakan perkhidmatan kaunter maklumat beroperasi 24 jam untuk membantu kanak-kanak mahupun sesiapa yang sesat mencari anggota keluarga mereka," katanya. 



- Bernama