|
|
|
Wednesday, 23 January 2013 09:12 |
. Baru tiga tahun dalam industri sudah bermacam kontroversi yang tercalit di wajah penyanyi kelahiran Sabah ini. Seperkara yang menjadi tumpuan ialah kisah percintaannya dengan lepas seorang demi seorang artis lelaki juga pemuzik tanah air. Bermula dengan penyanyi Hafiz kemudian Adira dikatakan pula menjalin hubungan dengan pemuzik AG Coco.
Seterusnya gosip dia dengan penyanyi Aliff Aziz yang bermula sejak tahun lalu dan sehingga kini masih belum reda lagi.
Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Adira berkata dia tidak mahu kisah tersebut dipanjangkan dan menganggap ia adalah sesuatu yang lumrah bagi artis bila digandingkan dengan artis yang lain akan timbul pelbagai andaian daripada banyak pihak.
"Sudah banyak kali saya menjelaskan perkara ini kepada semua yang saya tidak ada apa-apa hubungan istimewa dengan dia.
"Saya mengaku kami hanya rakan baik tapi untuk ke arah bercinta memang tiada. Saya hanya berhubung dengan dia atas urusan kerja sahaja, tidak lebih daripada itu.
"Buat masa ini saya memang tiada teman lelaki dan tidak akan cari kerana saya ingin fokus kepada kareer saya tetapi kalau sudah takdir saya bertemu dengan orang yang sesuai akan terima dengan seadanya," jelasnya.
- mD
|