Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Lisdawati Tak Campur Tangan Isu Suaminya & Rita Rudaini

Print E-mail
  
Wednesday, 23 January 2013 09:17

..
Baik peminat juga pemerhati media, ramai yang gembira apabila mendengar pelakon Rita Rudaini Lisdawati sekarang telah pun berdamai dan melupakan persengketaan lama mereka. Tetapi ada satu persoalan yang masih menjadi tanda tanya ramai.

Berhubung Rita dikatakan telah melarang suami Lisdawati iaitu Fauzi Nawawi untuk berada di satu lokasi penggambaran atas sebab yang masih tidak diketahui sesiapa. Walhal baru-baru ini mereka bertiga bersama-sama terlibat dalam penggambaran sebuah drama bersiri. 

Malah ada sumber memberitahu malaysiandigest.com, sejak awal-awal lagi Rita meminta pihak produksi agar tidak menyusun waktu lakonannya di set drama tersebut sama waktu dengan lakonan Fauzi. Rita nampaknya tidak mahu bertentang muka langsung dengan aktor itu.

Bercakap kepada portal murai.com hari ini, Lisdawati berkata yang dia tidak tahu menahu akan apa sebenarnya yang berlaku antara suaminya itu dengan Rita ketika ini. Bahkan aktres cantik ini juga tidak mahu campur tangan.

“Terus terang, saya tidak tahu apa-apa hal mereka. Sebolehnya, saya tidak mahu perkara ini diperbesarkan dan dikecohkan lagi. Cukuplah”.

“Saya tidak mahu sebelah mana-mana pihak. Itu antara Fauzi dan Rita. Saya hanya menjalani perkara ini secara profesional,” ujarnya.


- mD



















 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.