|
|
|
Wednesday, 23 January 2013 16:10 |
Foto oleh Faisol Mustafa. Malaysia mula diperkenalkan dengan persembahan komedi Lawak Ke Der pada bulan Februari tahun lalu. Kejayaan yang ditempa melalui persembahan itu kemudiannya disusuli dengan Lawak Ke Der 2.
Walaupun sudah dua kali ia dipentaskan ternyata rakyat Malaysia belum puas bergelak. Justeru atas permintaan oleh peminat-peminat yang gagal untuk mendapatkan tiket kerana sold out, timbul idea dari Tall Order Productions (TOP) untuk membawakan persembahan komedi pentas ini ke panggung wayang supaya dapat disaksikan oleh lebih ramai peminat.
Menampilkan enam bintang pelawak terbaik tanah air, Nabil (Raja Lawak2), Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik (BOBOI), King of Comedy aka 'Halusss', Harith Iskander serta tak lengkap tanpa gandingan serasi, Johan dan Zizan (Jozan). Selepas 15 persembahan sold out musim pertama dan kedua, buat julung kali dalam sejarah perfileman tanah air, persembahan Lawak Ker Der 2 di Istana Budaya dalam bentuk filem berdefinisi tinggi, boleh ditonton di 70 pawagam seluruh Malaysia pada 7 Mac 2013. Filem ini juga akan ditayangkan di Singapura dan Brunei. Jadi, kepada 2.4 juta penonton Lawak Ker Der 1 di YouTube, jangan lupa untuk menonton Lawak Ker Der 2 di pawagam berhampiran anda. Dah tiba masanya untuk menikmati komedi sebenar di skrin yang besar. Skrin komputer anda kecik sangat dan tak baik untuk penglihatan.
- mD
|