Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Adibah Noor Akui Gementar Jadi Pasangan Baru Halim Othman

Print E-mail
  
Monday, 04 February 2013 14:57

Adibah Noor berganding bersama Halim Othman untuk slot Ceria Pagi @ Suria di Suria.FM. Kredit foto: mStar online.Adibah Noor berganding bersama Halim Othman untuk slot Ceria Pagi @ Suria di Suria.FM. Kredit foto: mStar online.

Berita baik kepada semua peminat penyanyi Adibah Noor kerana mulai hari ini beliau akan menemani juga dan menjadikan hidup anda lebih ceria setiap pagi menerusi slot Ceria Pagi @ Suria di Suria.FM.

Bergandingan bersama penyampai radio yang tidak asing lagi iaitu Halim Othman, Adibah berkata kini hasratnya
bergelar deejay radio sejak kecil telah tercapai apabila dia ditawarkan berkhidmat dengan stesen tersebut.

"Sejak di bangku sekolah lagi saya memang bercita-cita untuk menjadi penyampai radio dan tidak menyangka hasrat itu akhirnya tercapai tambahan pula bergandingan dengan Halim yang sememangnya kegemaran saya," katanya.

Bercerita pengalaman hari pertama bertugas, Adibah berkata dia sangat gementar namun gembira dapat bergandingan dengan Halim yang cukup berpengalaman.

Buat permulaan, Adibah menandatangani kontrak selama enam bulan, tetapi dia mungkin akan menyambung kontrak tersebut sekiranya dia betul-betul merasakan dirinya sesuai sebagai deejay dan jika ia mendapat respons positif daripada pendengar.

Walaupun kini bergelar deejay radio, kata Adibah itu tidak bermakna beliau akan meningalkan dunia nyanyian dan lakonan sebaliknya beliau akan cuba membahagikan masa sebaiknya untuk mengimbangi kesemua kerjaya itu.


sumber: mstar online

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.