Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Saya Cintakan Zul, Kami Profesional - Gayatri

Print E-mail
  
Monday, 25 February 2013 01:09

Kredit foto Faisol MustafaKredit foto Faisol Mustafa

Sejak si teman lelakinya, pelakon Zul Ariffin berterus terang sekitar Disember tahun lalu, mengenai hubungan cinta mereka, pihak media cuba mendapatkan kenyataan daripada si wanita pula. Namun Gayatri Su-Lin Pillai mengambil pendekatan untuk berdiam diri daripada membuat sebarang komen apatahlagi mahu mengulas lanjut.

Namun sejauh mana penerbit eksekutif syarikat penerbitan filem Tayangan Unggul (TU) Sdn Bhd mampu mengelak daripada ditanya soal hubungan cintanya dengan bekas kekasih Abby Abadi itu.

“Ya saya akui Zul Ariffin memang kekasih saya, tak ada apa yang perlu saya sorokkan lagi. Lagipun apa yang saya tahu hal ini peminat pun dah tahu. Walaupun saya dan Zul berada dalam industri yang sama tapi kami profesional apabila melibatkan soal kerja", katanya.

Meskipun sebelum ini Zul pernah didakwa sebagai seorang yang suka mengambil kesempatan terhadap perhubungan yang terjalin sejak sembilan bulan lalu dengan Gayatri. Namun bagi wanita berusia lingkungan 30-an ini, perhubungan cinta yang terjalin diantara dia dan jejaka bertubuh sasa itu adalah adalah bersifat profesional.

"Saya tidak pernah campur aduk antara kerjaya dan perasaan peribadi. Sejak tahun 1996, semua orang tahu bagaimana cara kerja saya.

"Tidak ada sebarang kompromi antara kerja dan peribadi kerana itu dua perkara yang berbeza. Dan saya serta Zul faham isitilah profesional yang wujud di antara kami.

Zul Ariffin. Zul Ariffin.

"Rasanya lagi sukar untuk dia dapat tawaran daripada TU kerana syarikat mempunyai prosedur yang sangat ketat," kata Gayatri.

Mengenai perbezaan usia, bagi Gayatri ia bukan satu penghalang kepada percintaan agung mereka.

“Saya tidak melihat perbezaan usia antara saya dengan Zul sebagai satu penghalang yang besar untuk kami bercinta. Kalau dah jodoh nak buat macam mana. Lagipun sekarang memang ramai pasangan yang lelakinya lebih muda dari pasanganya, Saya tidak melihat itu satu masalah yang besar. Usia bukan Penghalang," katanya yang beberapa tahun lebih berusia daripada Zul.

sumber: buahmulut.com, mStar online

{ Baca Lagi: Zul Ariffin Tak Kisah Dianggap Ambil Kesempatan Terhadap Kekasih }

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.