Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Jehan Miskin Bertunang, Kahwin Tahun Ini?

Print E-mail
  
Monday, 25 February 2013 02:05

Jehan Miskin (tengah) bersama rakan artis, Rina Omar dan Pengarah Urusan Berjaya Corporation Berhad, Dato' Robin Tan. Kredit foto, Faisol Mustafa.Jehan Miskin (tengah) bersama rakan artis, Rina Omar dan Pengarah Urusan Berjaya Corporation Berhad, Dato' Robin Tan. Kredit foto, Faisol Mustafa.

Ini bukan cerita yang sengaja di ada-adakan. Bukan juga spekulasi sebarang. Bagi para peminat pelakon dan pengacara yang kini semakin aktif mengarah, Jehan Miskin, kalau anda menantikan berita bilakah selebriti kesayangan anda ini akan menamatkan zaman bujangnya, hasrat itu mungkin akan terealisasi tidak lama lagi.

Bertemu jejaka berusia 34 tahun ini baru-baru ini, dalam kesempatan berborak ringkas bersamanya, aktor ini sempat diusik dengan pertanyaan bila lagi nak tamatkan zaman solo. Spontan pelakon yang pernah membintngi filem Qaisy & Laila ini menjawab,

"Ya, tahun ni ada berita baik. InsyaAllah ada berita baik! Tapi saya tak boleh cakap lebih sekarang. Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Doakan yang baik-baik untuk saya", ujarnya ambil tersenyum.

Jehan ditemui pada majlis sambutan Ulangtahun Hari Pengasas Berjaya Kali ke-3 bertempat di pusat membeli belah Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Mengenai perkembangan terkini, Jehan memberitahu dia sibuk dengan projek-projek komersial dan video koporat terbitan syarikat produksi miliknya, Mastermind Group.

Namun katanya bukan beerti dia sudah tidak aktif di lapangan lakonan, cuma buat masa ini tumpuannya lebih kepada pengarahan drama atau penerbitan program.

"Saya masih ada tawaran berlakon, tapi banyak yang saya terpaksa tolak. Kalau nak berlakon pun saya kena tengok juga pada masa saya. Kalau memerlukan saya beberapa hari di lokasi tak mengapa tapi jika sampai tiga bulan penggambaran, itu saya terpaksa tolak.

"Sebab buat masa ni saya banyak hasilkan video-video komersial dan koporat. Alhamdulillah rezeki saya ke arah itu sekarang (mengarah). Saya juga akan mula mengarahkan drama bersiri 13 episod berjudul What If untuk siaran di 8TV. Ia sebuah drama suspen-thriller.  

"Macam hari ini, kehadiran saya hadir sebagai sokongan saya kepada Robin dan ayahnya, Tan Sri Vincent Tan. Mereka kawan saya dan kami dah kenal sejak beberapa tahun lalu. Saya ada hasilkan satu video animasi dan dua filem pendek untuk ditayangkan pada acara hari ini", katanya.


- mD

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.