|
|
|
Saturday, 14 July 2012 02:48 |
.
Sejak dua tiga hari gara-gara dia, Beliebers Malaysia tak senang duduk dibuatnya. Penangan 'bieberfever' memang buat ramai tak mampu berkata apa-apa. Tapi tidak bagi puteri Pop Country pujaan global, Taylor Swift, apabila memecahkan rekod Justin Bieber. Swift diumum sebagai selebriti 30 tahun ke bawah yang meraih pendapatan tertinggi iaitu sebayak USD57 juta oleh laman web Forbes.com, baru-baru ini.
Bieber, yang meraih pendapatan sebanyak USD 55 juta merupakan satu-satunya selebriti lelaki dikalangan lima lagi selebriti kelas atasan. Ratu Barbados, Rihanna berada di tangga ke-3 dengan gaji sebanyak USD53 juta, diikuti oleh Lady Gaga dan Katy Perry.
"Tahun ini kami melihat selebriti wanita lebih menyerlah dan menyenaraikan mereka" kata Dorothy Pomerantz, ketua biro Forbes, Los Angeles.
"Jelas sekali mereka mempunyai persamaan-lagu-lagu hits yang hebat serta personaliti yang kuat. Kelebihan ni benar-benar membantu mereka dari segi publisiti. Mereka juga dekat dengan peminat mereka," tambahnya.
Sementara itu pelakon remaja Kristen Stewart, yang dirai sebagai pelakon yang meraih pendapat tertinggi iaitu kira-kira USD34.5 juta jatuh di tangga no.7. Heroin filem "The Twilight Saga" dan "Snow White dan Huntsman" ni juga disebut-sebut sebagai bintang Hollywood berpotensi tinggi.
Manakala teman lelaki juga hero pontianaknya, Robert Pattinson berada di kedudukan ke-10 dengan pendapatan USD26.5 juta.
Pemilihan tersebut berdasarkan analisis jualan album dan konsert, pendapatan filem pendapatan juga keuntungan, kerja-kerja pengiklanan dan pengiktirafan di antara bulan Mei 2011 hingga Mei 2012. Segala maklumat telah mendapat pengurus, peguam, agen dan dalaman lain juga telah dirujuk.
Dalam laporan berasingan, anggota kumpulan Kpop popular, SNSD aka Girls Generation, YoonA dilaporkan berjaya meraih lebih dari 4 bilion won Korea (kira-kira USD35 juta) dalam masa enam bulan. Majoriti dari pendapatan tersebut datangnya dari iklan TV, kerana dia muncul sebanyak 20 CFS (iklan) dan bayaran penampilan nya saja secara purata mencatatkan lebih 10 juta won (kira-kira USD9,000 juta) setiap iklan.
YoonA
- mD
|