Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Shera Segan Dengan Suami Sendiri

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Saturday, 14 July 2012 02:57

..

Pelakon juga pengacara Shera Ayob mengakui berasa segan dan kekok dengan pelakon Zahiril Adzim yang juga merupakan suaminya apabila mereka berdua berganding bersama dalam fielm mahu pun drama. Perasaan malu itu timbul lebih-leboh lagi sekiranya mereka dituntut menjiwai watak sebagai pasangan kekasih atau pun suami isteri.

Bukan tidak bersikap profesional, bagaimana kata pemilik nama sebenar Nur Syahirah Aiyob ni, perasaan malu itu timbul hanya pada peringkat awal saja. Kemudian lama-kelamaan rasa itu mula hilang dengan sendirinya.

"Nak ikutkan tidaklah terlalu sukar kami berlakon berdua sebab mungkin penghayatan dan keserasian tu nampak mudah untuk diwujudkan. Tapi sebenarnya, setiap kali kalau berlakon dengan dia, mula-mula tu saya rasa segan,"

"Dia teror! Saya ni minat tengok dia berlakon. Misalnya kalau ada babak yang menuntut kami bertentang mata. Babak-babak cintan-cintun, alahai... cair hati saya dibuatnya bila pandang dia dan terus tak boleh fokus. Tapi itu hanya mula-mula saja lah. Lama-lama okay. Bukan dengan suami saja lah. Kalau dengan kawan atau saya sudah kenal lama dengan seseorang itu, perasaan segan itu tetap juga timbul," jelas Shera ketika ditanya bagaimana rasanya berlakon bersama suami sendiri.

Shera yang ditemani Zahiril ditemui sewaktu majlis doa selamat dan pelancaran program Ramadhan TV3, di Terrace Royale Bintang The Curve baru-baru ini. 

Beritahu Shera, sebelum berkahwin dia pernah satu filem dengan Zahiril menerusi Sesuatu Yang Tertinggal. Akan datang, antara karya yang mempertemukan pasangan suami isteri romantik ini ialah filem Juvana yang mana mereka sebagai pasangan kekasih dan telemovie Fathia, membawakan watak suami isteri.

Pengacara Superstar ini juga berkata, ada banyak kelebihan apabila berpeluang berlakon dengan Zahiril kerana memudahkannya untuk mendapatkan nasihat serta tunjuk ajar dalam memperbaiki mutu lakonannya. Apatahlagi selepas bergelar isteri ini lepas satu-satu tawaran belakon menyusul.

"Berlakon ni hanya kerjaya sambilan. Saya tetap menjalankan tugas dalam bidang pengacaraan. Pada saya tak benarlah kalau ada seseorang artis itu lebih-lebih lagi wanita, lepas saja berkahwin, dia tidak lagi jadi pilihan pengarah atau produser.
Alhamdulillah, banyak tawaran berlakon yang datang.

"Dalam lakonan, saya banyak dapatkan nasihat dan tunjuk ajar daripada suami. Kerana dia lebih tahu dalam bidang ni. Dia selalu bagi pendapat dan cadangan kalau dirasakan ada yang perlu saya perbaiki,"  

Dalam perkembangan lain, menerusi Carekarama Ramadhan di TV3 Shera bakal muncul dengan sebuah drama komedi, Jidin Puasa Lagi. Serta sebuah drama Kampung Semarah Padi arahan Melissa Saila dan bakal ditayangkan pada hari raya Aidilfitri nanti.

Sementara itu, bercerita tentang kehidupan sekarang, Shera berkata dia bahagia dan seronok menjadi isteri dn melayari bahtera rumah tangga yang baru tujuh bulan  mereka bina. Dalam nada ceria, Shera bercerita meskipun sibut dengan tugas dia membahagikan masa antara kerjaya dengan tanggungjawab di rumah.

"Kalau dia (Zahiril) tak shooting, Shera akan ambil peluang masak untuknya. Dia suka gulai lemak ayam. Dan kami lebih suka habiskan masa bersama di rumah. Dia akan tolong saya kemas rumah, kami tengok DVD bersama itu antarab aktiviti yang biasa kami buat di masa lapang.

"Seperti pasangan lain, kami memang menginginkan cahaya mata. Kalau dikurniakan rezeki dalam masa terdekat, kami terima, Alhamdulillah.Kami tidak merancang. Lagipun masing-masing sekarang sibuk dengan kerja. Bulan madu pun kami belum berkesempatan,"

"Hari tu ke Jepun dengan keluarga, kira pre-honeymoon la sebab beramai-ramai, kan. Berdua saja belum lagi. Niat nak ke tanah suci tunaikan umrah, InsyaAllah tahun depan.Tapi kalau masa tu dah ada baby, kami okay jer. Tetap nak pergi honeymoon",uajr Shera sambil tergelak sebelum mengakhiri perbualan. 

 

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.