Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

10 Foto: Sidang Media Justin Bieber Jadi Fans Meeting

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Saturday, 14 July 2012 16:43

..

Sejak dari sesi pendaftaran kira-kira jam 11.30 pagi, keadaan sudah menjadi kelam kabut dengan para peminat yang berasak-asak. Sehinggakan pintu utama hotel terpaksa disekat. Dan selepas hampir 3 jam membiarkan para media dan kira-kira 30 peminat bertuah menunggu (ya!, dia lewat tanpa memaklumkan kami, apa sebabnya) akhirnya figura sensasi pujaan dunia, Justin Bieber, 18, muncul jua!

Seperti biasa fans teruja- menjerit bak histeria sebaik Justin keluar ke pentas. Dihostkan oleh VJ Holly, sidang Akbar Asia Tenggara yang diadakan buat pertama kali di Malaysia ni dimulakan dengan persembahan akustik penyanyi Pop kelahiran Kanada ini. 

..

..

..

..

 

..

Bieber yang baju t-putih dan berseluar slack hitam diiringi seorang pemain gitar membuka persembahan dengan lagu Die in Your Arms, One Less Lonely Girl, Baby, Be Alright, As Long As You Love dan Boyfriend. Gamat lagi meriah suasana apabila Beliebers (gelaran untuk fans) juga para media ikut nyanyi bersama.

Menarik, saat mendedangkan lagu Boyfriend, Bieber spontan memanggil seorang peminat bertuah ke pentas, lantas dipeluknya gadis itu. Sekaligus membuatkan peminat lain 'makan hati' (dan pastinya peminat yang tak dapat masuk sidang media ni juga turut 'makan hati')

Usai persembahan sekitar jam 2.45 petang, diteruskan dengan sidang media. Sebelum itu,

"Hi Malaysia! Saya gembira dapat kembali semula ke sini. Setiap kali saya datang ke sini, semuanya menyambut saya dengan tangan terbuka dan saya sangat gembira. Saya sayang anda semua!", kata Justin Bieber menyatakan persaannnya menjejakkan kaki kali kedua di sini sewaktu di sidang media yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), sebentar tadi.

..

..

..

..

Dalam masa 15 minit itu Bieber memberitahu, meskipun telah banyak kejayaan yang dikecapi hari ini, dia punya satu impian yang belu lagi terealisasi iaitu mahu memenangi anugerah Grammy.

Bercerita mengenai album terbarunya Believe, penyanyi yang dirai sebagai Social Artis of the Year ini juga berkata, lagu-lagu yang dimuatkan dalam artwork kali ini sangat istimewa kerana setiap lagu mempunyai cerita berdasar pengalamannya sendiri. Mengambil masa selama sebulan untuk disiapkan, Believe memuatkan pelbagai genre seperti balada, Hip Hop dan Pop, berbanding album pertamanya My World. Malah dia gembira dapat bekerjasama dengan nama-nama besar seperti Drake dan Nikki Minaj.

Impresif, Believe mencatat jualan yang tinggi ditertinggi di lebih 30 buah negara seluruh dunia dalam masa 2 minggu.

Dalam pada itu, Bieber turut membuka peluang kepada peminat untuk bertanyakan soalan. Dan antara soalan wajib yang dikemukan,

"Hi Justin!! Saya sayang awak! Bila Awak nak kahwin dengan saya?," tanya seorang peminat dan Bieber membalas dengan senyum lantas menjawab, "saya sayang awak juga!"

..

Selain itu ada peminat yang bertanya, "apa yang paling menarik bila menjadi seorang yang popular?"

Kata Bieber, "Suka membuat persembahan dan suka menari, jadi rasa best jadi popular sebab saya dapat memberi inspirasi pada ramai orang"

Sebelum meninggalkan dewan Justin sempat menitipkan kata-kata buat fans,

"Saya sangat sayang awak semua! Dan saya janji akan kembali semula ke sini lagi nanti!

Kepada peminat yang tak dapat menyaksikan showcase di KLCC tadi, jangan susah hati kerana malam ini Bieber akan membuat persembahan pembukaan di konsert MTV Worldsatge  di Surf Beach Sunway Lagoon. Turut dimeriahkan lagi dengan persembahan Ratu Hip tanah air, Mizz Nina serta penampilan dua artis idola dari Korea iaitu Jay Park dan Kara. Jumpa di Sunway!

..

 

 

-mD

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.