Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Menangi Pas Tayangan 'The Dark Knight Rises'!

Print E-mail
Farahanim Rahim   
Wednesday, 18 July 2012 00:51

..

Selepas kejayaan filem Batman Begins (2005) dan The Dark Knight (2008), kisah superhero Batman diteruskan dalam trilogi The Dark Knight Rises yang akan ditayangkan, 19 Julai (esok)!

Pengarahnya sendiri, Christopher Nolan, mengesahkan filem yang menelan kos penggambaran USD250 juta (RM750 juta) ni merupakan flem terakhir bagi siri karakter yang diangkat daripada DC Comic ini.

Menurut Nolan juga, dia berpuas hati dengan jalan cerita The Dark Knight Rises yang dianggap penyudah sempurna bagi sebuah kisah epik.

“Sewaktu saya mula mengarahkan Batman Begins, saya tidak pernah menjangka akan melakukannya hingga filem ketiga. Bagaimanapun, setiap kisah perlu ada permulaan, tengah dan pengakhiran bagi melengkapkan keseluruhannya.

“Saya berasa bangga dapat menyudahkan siri ini dan melakukan apa yang saya kehendaki terhadap setiap karakter di dalamnya. Cukup setakat ini," katanya mengenai filem yang masih lagi mengekalkan aktor kacak, Christian Bale sebagai pemegang watak Bruce Wayne aka Batman.

Selain turut menampilkan Anne Hathaway sebagai Selina Kyle & Catwoman, Tom Hardy (Bane), Marion Cotillard (Miranda Tate) dan Joseph Gordon-Levitt sebagai John Blake.

Riwayat tamat?

..

Kalau berdasarkan pada trailer yang tersebar di Internet, ramai peminat yang sudah mula membuat andaian akan penamat jalan cerita filem ini.

Antaranya ialah kemungkinan riwayat Batman akan ditamatkan dalam The Dark Knight Rises dan dikenang sebagai legenda.

..

..

The Dark Knight Rises berkisar 8 tahun selepas peristiwa yang terjadi dalam filem yang terdahulu, The Dark Knight. Bruce Wayne keluar dari buangan dan kembali menjadi Batman. Walaupun dirinya di cop sebagai penjahat oleh penduduk setempat, Batman tetap perlu melindungi Kota Gotham daripada musuh.

..

Kalau Nolan optimis memastikan pengakhiran kisah Batman ini akan dikenang penonton, selamanya. MD jugak mahu memberikan sesuatu untuk anda ingat sampai bila-bila dan anda hanya perlu jawab 2 soalan yang sangat-sangat senang, dibawah:

x10 Pas Berkembar Tayangan The Dark Knight Rises untuk Dimenangi!

1.Siapakah yang memengang watak Batman dalam The Dark Knight Rises?

2.Sebab utama Batman kembali semula adalah kerana _________

Syarat-syarat penyertaan:
“Like” Facebook dan Follow Twitter Malaysian Digest terlebih dahulu.  Sekiranya tidak berbuat demikian pernyertaan anda secara automatik BATAL!

Jawapan tepat dan penghantaran paling cepat dikira sebagai pemenang.

Jawapan hendaklah dihantar berserta nama penuh, alamat lengkap, no. telefon dan no. kad pengenalan dan emailkan kepada [email protected]

Keputusan adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

Tarikh tutup: 23 Julai 2012.


- mD








 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.