.
Ramai mengetahui pelakon Diana Danielle dan Farid Kamil adalah pasangan kekasih. Namun aktres cantik ini memberitahu dia seboleh-bolehnya tidak mahu berlakon bersama dengan teman lelakinya itu dalam satu filem mahupun drama yang sama. Malah Diana menjelaskan tindakannya itu untuk kebaikan semua dan tidak mahu perhubungan mereka terlalu dicanang-canang.
Pun begitu tanpa disengajakan pengarah Namewee telah berjaya menyatukan mereka dalam filem Hantu Gangster. Saat ditawarkan watak dalam Hantu Gangster, Namewee tidak tahu Diana dan Farid sedang bercinta. Itu antara sebab Diana juga Farid menerima tawaran tersebut.
"Saya seronok berlakon filem ni. Kami semua masuk air.Namewee memang ada magik untuk buat kami masuk air. Ini juga peluang saya untuk cuba berlakon komedi sebab sebelum ni saya banyak lakonkan watak berat. Saya pun tak percaya saya boleh bawa watak kelakar.
"Saya tiada masalah berlakon dengan Farid. Cuma sebolehnya saya tidak mahu kalau diganding dalam satu filem atau drama. Kalu boleh saya nak elakkan berlakon dengan Farid. Tapi kalau skrip dan jalan cerita serta watak tu belum pernah lagi saya bawakan dan ia sesuai, saya pertimbangkan.
"Saya takut orang akan terus bercakap tentang kami dan suka perhubungan kami terlalu diberi pendedahan. Kalau saya di temuramah berseorangan pun, masih ada soalan tentang Farid. Kalau kami berdua, lagilah orang akan bercakap. Bergambar berdua pun kami tidak mahu. Saya harap semua faham", jelasnya kepada MD ketika diminta mengulas mengenai sebelum ini Diana mengelak untuk dipertemukan atau mengambil gambar dengan Farid.
Bercerita lanjut, Diana berkata dia seronok bekerja dibawah arahan Namewee. Bahkan menurut Diana walaupun tidak fasih berbahasa Melayu atau Inggeeris, dia tetap mengagumi semanngat sekaligus menyifatkan pengarah '1 Malaysia' itu seorang yang merendah diri dan berani.
Jameela dan Te Sai aka Christopher (lakonan Namewee) dalam 'Hantu Gangster'
Dalam Hantu Gangster, Diana memengang watak guru sekolah rendah dan merupakan guru kelas kepada Chee Meng(Anak Sulung Te Sai). Jameela adalah seorang gadis melayu yang ayu, mempunyai keperibadian yang baik, sangat serius dan mengambil berat tentang murid-muridnya, lebih-lebih lagi terhadap Chee Meng setelah mengetahui keadaan keluarga Chee Meng.
Selepas Te Sai (lakonan Namewee) bertemu dengan Jameela, Te Sai telah jatuh cinta denganya. Mengejutkan adalah , Jameela merupakan anak gadis kepada ketua gangster Melayu, Bang Nasir, juga adik kepada ketua gangster sekarang. Nantikan tanyangann ya di pawagam pada 9 Ogos depan.
- mD