.
Selama ini pengarah juga pelakon Farid Kamil seringkali melakonkan watak jejaka idaman juga hero macho sehingga dia mendapat jolokan hero pujaan Malaya. Tetapi kali ini peminat diberikan sesuatu berbeza daripada aktor berusia 31 tahun ini.
Menerusi filem aksi-komedi Hantu Gangster arahan pengarah kontroversi, Namewee, Farid 'diubah' menjadi seorang yang jahat tapi tidak dibenci. Farid dipertanggujawab memengang watak Ewan, seorang pewaris gangster tetapi mempunyai sifat kelakar dan penonton gerenti pecah perut melihat gelagatnya. Bahkan demi menjayakan wataknya, Farid membuang malu dalam diri dan bersedia untuk ditertawakan penonton.
Berpeluang bertemu pelakon yang pernah menerima Anugerah Bakat Muda Seni Lakon Negara, MD bertanyakan bagaimana dia boleh bersetuju membiarkan penonton melihat sisi lucu yang belum pernah diinterpretasi dalam mana-mana filem sekalipun dalam filem komedi yang pernah dibintangi sebelum ini.
Menurut Farid, dia seronok apabila diberi peluang menjadi gangster. Bagaimanapun diakui pada mulanya sukar untuk menerima tawaran apatahlagi apabila mendapat tahu dia perlu melakukan adegan lawak luar batas imiginasinya.
.
Malah ada beberapa babak dia memakai uniform sekolah (itu mungkin nampak biasa) tetapi melihat Farid mengenakan sut ala superhero dalam kartun Sin Chan, Action Kamen...(anda kena tonton sendiri Hantu Gangster, 9 Ogos nanti)
"Saya difahamkan Namewee dan produser telah mengkaji dahulu watak-watak yang bagaimana pernah saya lakonkan sebelum ni. Dan apa yang mereka nak adalah mencari kelainan dalam watak saya,"
"Selepas mendengar penjelasan daripada pengarah dan produser sebab mengapa saya perlu mempotrey imej sebegitu. mereka mejelaskan dan mengambarkan visualnya kepada saya. Baru saya faham dan saya bersetuju lakukan. Saya membawakan watak jahat tapi mungkin disukai. Itu yang cuba Namewee 'ciptakan', katanya kepada MD ketika ditemui di tayangan khas dan sidang media di Sunway Pyramid, baru-baru ini.
Farid juga memberitahu terdapat satu babak dia memakai pakaian sekolah dan cuba memikat Jameela (lakonan Diana Danille). Sebaik saja berpenampilan sebegitu, selama setengah dia ditertawakan bukan sahaja oleh Diana malah pengarah serta kru-kru produksi.
"Ketika scene pakai baju sekolah tu pun, dekat setengah jam saya ditertawakan semua. Motif penampilan saya tu supaya nak buat orang gelak, jadi bila orang di set dah gelak maka sebenarnya tidaklah terlalu susah nak buat penonton gelak,"
"Macam pakai kostume tu, saya geli sebenarnya semasa lakonkan dan semasa tonton tadi (semalam). Sebab saya tak pernah lagu bawa karakter seperti Ewan. Tapi Namewee telah berjaya mencari bahagian lain dalam kerjaya lakonan saya. Dan kebetulan ia kena dengan watak Ewan. Saya harap komedi kali ini menjadi dan dapat menghiburkan penonton", tutur peminat tegar siri Doraemon ini.
Seperti Dirantai
.
Dalam perkembangan lain, MD sempat bertanyakan perkembangan mengenai kecederaan lutut yang dialaminya. Kata Farid, doktor menasihatinya agar tidak memijak lantai selama enam minggu dan tidak melakukan sebarang aktiviti lasak termasuklah berlakon.
Sewaktu hadir ke majlis previe semalam pun, Farid berkerusi roda dan bertongkat.
Farid turut meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat meneruskan penggambaran wataknya seperti mana yang telah dia dan juga produksi rancangkan.
"Saya tak pernah seteruk ini. Saya rasa macam dirantai sebab selama enam minggu ni saya terpaksa bertahan dan pergerakan saya tidak bebas. Saya rasa rimas)", katanya.
Farid mengalami kecederaan tersebut kerana hilang imbangan badan ketika melakukan adegan babak kejar-mengejar dalam filem Dampak, tiga hari lalu. Farid terjatuh berguling di tangga kelab hiburan Rootz, Lot 10 Bukit Bintang.
Kejadian itu mengakibatkan lutut kirinya bengkak dan lebam. Seterusnya mengalami pendarahan dalaman yang serius akibat hentakan. Selepas mendapatkan rawatan di Hospital Ampang Puteri, doktor mengenal pasti tempurung lututnya retak akibat hentakan itu.'
- mD