Malaysian Digest - Malaysia News and Current Affairs

Shaheizy Sam Sangkal Gosip Bercinta Dengan Nora Danish

Print E-mail
  
Tuesday, 31 July 2012 02:14

..

Baru-baru ini, menerusi sebuah akhbar mingguan timbulnya cerita mengenai pelakon Shaheizy Sam dikatakan kini sedang menjalin hubungan cinta dengan aktres Nora Danish secara sembunyi.

Pun begitu, di lama portal mStar menyebut, pelakon yang mesra disapa Sam ini menyangkal sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan aktres Nora Danish secara sembunyi.

“Benda (gosip) ini mengarut. Saya pun tidak pasti bagaimana cerita begini boleh timbul kerana ia langsung tidak berasas dan tidak logik.

“Saya terkejut sebenarnya kerana baru dimaklumkan oleh mummy (ibu) mengenai gosip itu ketika kami bersahur pada pagi ini,” katanya.

Laporan akhbar tersebut mendakwa cinta di antara Sam dan Nora, 30, mula berputik ketika mereka bergandingan dalam penggambaran filem terbaru berjudul 2 Kalimah arahan Eyra Rahman, baru-baru ini.

Sam berkata, gosip terbaru itu mengingatkannya kepada dakwaan yang pernah mengaitkannya dengan aktres Wawa Zainal sebelum ini.“Apabila timbul pula gosip mengaitkan saya bercinta dengan Nora, ia terus mengingatkan saya kepada gosip lama yang mengaitkan saya Wawa Zainal.

“Kedua-dua cerita ini sangat mengarut kerana saya sebenarnya tidak rapat dengan mereka sehingga boleh dituduh mempunyai hubungan,” jelasnya.

Ditanya adakah gosip itu timbul bagi tujuan gimik promosi filem berkenaan, Sam berkata, dia tidak pasti mengenai perkara tersebut.

“Entahlah, saya pun tidak tahu cerita ini timbul atas tujuan gimik atau ada pihak yang menyampaikan benda tidak betul.

“Kami hanya bertemu di set penggambaran dan tidak berhubungan selepas tamat penggambaran, sebab itu saya pelik apabila gosip ini timbul,” jelasnya yang kini sedang berdebar menantikan tayangan filem lakonannya SAM, pada 19 Ogos depan.

 

- mD

 

 

 

 

 

 

The views expressed here are solely of the users and do not necessarily reflect those of Malaysian Digest.